Wednesday 11 April 2012

Gadis Remaja & Baligh



Baligh merupakan satu tempoh dalam hidup seseorang yang muda remaja apabila tubuh mula mengalami perubahan. Masa inilah tubuh kamu akan menghantar signal menandakan sesuatu sedang berlaku. Kamu mungkin tidak faham sepenuhnya apa yang berlaku tapi kamu tahu yang ia semakin mendekatkan kamu melangkah ke alam dewasa.
Apa yang terjadi semasa baligh?
Sekiranya terdapat satu bahagian daripada badan kamu yang bekerja lebih masa semasa kamu baligh, ia tentulah otak. Otak merupakan perancang dan satu-satunya mesin baligh. Tidak begitu difahami bagaimana otak tiba-tiba 'tersedar' dan memutuskan yang tibalah masanya untuk kamu melalui semua perubahan ini. Ia mungkin disebabkan yang otak telah terbentuk sepenuhnya dan sudah bersedia untuk menjadikan kamu selangkah lebih dekat menuju alam dewasa.
Baligh sebenarnya merupakan satu tahap atau proses. Ia merupakan bahagian dalam hidup kamu yang membuatkan kamu lebih matang secara seksual. Ia mula apabila otak membebaskan bahan kimia yang dipanggil hormon pelepasan. Hormon-hormon ini kemudiannya menghantar signal kepada bahagian kecil otak yang dipanggil kelenjar pituitari. Kelenjar ini melekat pada otak seperti satu ranting kecil, sama seperti buah yang melekat pada ranting pokok. Selepas menerima signal dari otak, pituitari membebaskan hormon perangsang. Hormon-hormon perangsang ini, kemudiannya merangsang ovari gadis dan testisbudak lelaki untuk mula mengeluarkan hormon seks.
Hormon-hormon seks ini dibebaskan secara meningkat oleh ovari atau testis. Ia lah yang bertanggungjawab terhadap kebanyakan perubahan yang dialami oleh tubuh kamu.
Baligh: Apa yang akan berlaku?
Gambar-gambar bayi tu dah mula nampak 'old school'. Kamu mungkin sedikit malu nak tunjukkannya pada rakan kamu. Banyak yang dah berubah. Kamu tak lagi debab dan nampak sangat berbeza!
Baligh berlaku sedikit demi sedikit. Ia bermula sekitar kamu berumur 10 atau 11. Ia berlaku tanpa kamu sedari. Otak dan struktur lain dalam tubuh seperti organ seks dan kelenjar adrenal mula membebaskan hormon seks semasa tidur. Kalau nak tahu, peningkatan hormon seks daripada otak kamu kebanyakannya berlaku ketika kamu tidur. Ketika peringkat awal baligh, kamu mungkin tidak akan perasan sebarang perubahan pada tubuh.
Baligh berlaku tanpa halangan untuk menunjukkan ia semakin meningkat dari satu fasa ke fasa setersunya. Perubahan yang berlaku pada tubuh kamu mungkin berlaku serentak. Walau bagaimanapun, setiap fasa mempunyai tanda besarnya yang tersendiri yang memberitahu kamu kematangan seksual akan dicapai.
Peringkat Awal Baligh
  • Payudara mula membesar
  • Untuk gadis, lemak mula berkumpul di pinggul, lengan dan peha
  • Ketinggian mula bertambah
  • Semasa tidur, tubuh kamu membebaskan lebih banyak hormon perangsang
Peringkat Pertengahan Baligh
  • Hormon perangsang dan hormon seks terus bertambah dalam tubuh walaupun semasa kamu berjaga
  • Kamu mungkin mencapai ketinggian paling maksimum
  • Payudara makin membesar
  • Terdapat lelehan vagina
  • Bulu pubik mula tumbuh. Ketiak juga ditumbuhi bulu
  • Perubahan kulit dapat dilihat dan mula mengalami masalah jerawat
Peringkat Akhir Baligh
  • · Gadis remaja mula mendapat period mereka
Perubahan pada Tubuh semasa Baligh

Perubahan Payudara - Payudara kamu akan mula "menguntum" apabila kamu berumur 10 tahun. Ini bermakna kamu akan mula melihat kawasan bulat yang mengelilingi puting kamu menjadi semakin besar dan berwarna gelap. Bahagian dada kamu yang sebelum ini leper, mula membukit sedikit. Apabila payudara kamu mula untuk mengembang, kamu mungkin datang haid dalam masa beberapa tahun lagi. Pada umur 13 atau 14, payudara kamu akan mengembang sempurna. Perubahan payudara semasa baligh disebabkan oleh pembebasan estrogen dalam tubuh.

Pertambahan Bulu - Semasa baligh, seseorang itu akan mengalami pertumbuhan bulu divulva dan ketiak. Sesetengah wanita juga mungkin akan ditumbuhi bulu-bulu halus di atas mulut, lengan dan kaki. Bulu pada ketiak akan mula tumbuh sebaik sahaja bulu pubik tumbuh.Bulu pubik akan tumbuh sekitar umur 11 atau 12. Masa inilah seorang gadis akan melihat terdapatnya lelehan vagina pada seluar dalamnya
Perubahan Kulit - Perubahan kulit bermula seawal umur 11 atau 12. Ini mungkin termasuk perubahan tekstur kulit. Kekasaran atau minyak tertentu mungkin dapat dirasai apabila seseorang memegang kulit. Kulit pada dahi dan hidung juga mungkin kelihatan berkilat. Kamu mungkin menyukai atau membenci kulit kamu yang berkilat ini. Ia berlaku di peringkat awal remaja kerana kelenjar minyak aktif telah mengeluarkan minyak atau sebum sepenuhnya. Lebihan minyak pada muka kamu boleh menyebabkan pori yang besar yang akhirnya menyebabkan jerawat
Bau Badan - Semasa baligh, badan kamu mula membebaskan sejumlah kecil hormon lelaki. Ketika hormon ini meningkat pada umur tertentu, bulu mula tumbuh dan kelenjar peluh khas di ketiak, tapak tangan dan kaki mula menjadi aktif. Kelenjar ini menghasilkan sejenis minyak istimewa dan tidak seperti peluh, ia membebaskan bau yang berlainan. Lebihan bulu pada tubuh kamu mula memerangkap peluh. Bakteria pada kulit akan rasa selesa dan mula membiak. Bakteria, peluh dan minyak yang bergabung kemudiannya menyebabkan bau badan. Haa begitulah bau busuk terjadi!
admin Web Developer

No comments :

Post a Comment