Wednesday 4 April 2012

Risiko diet ibu mengandung



Para saintis berpendapat ibu-ibu mengandung yang mengamalkan diet akan berdepan risiko bayi yang dikandung mempunyai IQ yang rendah serta masalah tabiat.
Hasil kaji-selidik terbaru mendapati pengurangan zat nutrisi penting dan kalori pada separuh penggal pertama kandungan akan membantutkan perkembangan otak bayi dalam kandungan. Walaupun kajian dilakukan ke atas haiwan penyelidik menyatakan keputusan yang sama dijangka akan dihasilkan jika kajian dilakukan ke atas wanita – dan menegaskan akan bahaya yang berpanjangan kepada bayi sekiranya ibu mereka tidak mengamalkan pemakanan yang sihat.

Penulis Dr.Thomas McDonald berkata kajian ini selanjutnya menunjukkan betapa penting kesihatan dan pemakanan ibu yang baik.Ia menyokong pandangan yang menyatakan diet yang buruk semasa mengandung boleh merubah perkembangan organ janin iaitu otak bayi yang akan menanggung akibat sepanjang hayat, berpotensi merendahkan IQ dan juga tabiat bayi tersebut. Kajian yang lepas juga menunjukkan diet yang berlebihan,kebuluran dan kekurangan makanan semasa mengandung boleh membahayakan bayi yang belum lahir.
Akan tetapi kajian terbaru menjurus kepada “diet yang sederhana” yang titikal di kalangan wanita di Britain dan Amerika.Para penyelidik membuat perbandingan antara dua kumpulan ibu babun di Pusat Kajian Habitat di San Antonio.
Satu kumpulan dibenarkan makan sebanyak mana yang mereka mahu makan diseparuh penggal pertama kandungan manakala satu kumpulan lagi hanya dibenarkan makan kurang 30% “tahap nutrisi” yang sama yang ibu mengandung perlukan, ujar para penyelidik.
Sel-sel tidak membahagi kepada jumlah yang sepatutnya dan neurons tidak berhubung antara satu sama lain. Laporan penyelidik di dalam prosiding National Academy of Sciences melaporkan kekurangan nutrisi berhubung rapat dengan cara sel-sel otak berhubung di kalangan bayi yang belum lahir dan juga merubah ekspresi beribu-ribu baka – kebanyakkannya melibatkan perkembangan sel.
Dr McDonald berkata kekurangan nutrisi kepada janin adalah risiko bahaya kepada ibu-ibu remaja dan wanita yang mengandung pada umur yang lewat.
Pada remaja yang mengandung janin yang membesar akan tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya kerana ibu-ibu remaja memerlukan nutrisi dalam tumbesaran mereka.
Pembuluh darah yang tidak anjal di kalangan wanita yang berumur mengurangkan aliran darah ke rahim, yang akan menyebabkan kekurangan aliran nutrisi kepada janin yang membesar.
Para saintis mencadangkan lebih banyak kajian dijalankan ke atas hubungkait antara diet ibu dan risiko dikalangan anak-anak mendapat autisme, kemurungan dan skizofrenia bila mereka meningkat dewasa. Kajian ini juga mencabar pendapat umum yang mengatakan ibu-ibu boleh menyelamatkan bayi mereka yang belum dilahirkan dengan diet yang berlebihan semasa mengandung.
Penyelidik berkata,proses perkembangan otak babun adalah “sangat rapat” dengan janin manusia. Dr Peter Nathanielsz, dari University of Texas Health Science Centre di San Antonio berkata jangkawaktu ini adalah kritikal bilamana banyak neurons bersama-sama sel menyokong di dalam otak dilahirkan.
Panduan dari Royal College of Obstetricians and Gynaecologists State menyatakan “ bukti tentang bahaya semasa separuh penggal pertama kandungan adalah sangat sedikit, tetapi separuh penggal kedua menunjukkan kebimbangan”.
Akan tetapi,wanita dinasihatkan untuk tidak mengamalkan diet sekiranya mereka didapati mengandung. Dr Patrick O’Brien perunding dan jurucakap Royal College of Obstetricians and Gynaecologists berkata kajian yang dilakukan mungkin tidak boleh diguna-pakai ke atas wanita.
“Semua kajian yang dilakukan ke atas manusia tidak mencadangkan diet yang sederhana pada separuh penggal pertama kandungan mengakibatkan sebarang masalah”. Panduan kami tidak berubah – iaitu wanita mengandung sepatutnya mengamalkan pemakanan sihat, menghindarkan diet dan juga mengelakkan “makan untuk dua orang”, tambah beliau.
admin Web Developer

No comments :

Post a Comment