Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

Wednesday 25 April 2012

Manusia Raksasa di temui






Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad, Umat Nabi Hud AS (BUKTI KEBENARAN AL QURAN)

Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.


Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.

Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?

Penemuan Arkeologi di Kota Iram
Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.
Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia". Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah" 20.
Semua nama tersebut bermaksud "Arabia yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?
Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.
Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.
Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.
Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.
Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.
Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".
Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?
Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran . Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar 'Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran:
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)

Wednesday 11 April 2012

Mari merokok!




Percaya atau tidak,orang merokok ini mempunyai manfaat??
kalau kamu org semua tak percaya,kamu org baca ni:


1. Perokok pasif lebih berbahaya daripada perokok aktif, maka untuk mengurangkan risiko tersebut aktiflah merokok.


2. Menghindarkan diri drpd perbuatan jahat kerana tidak pernah ditemui org yang membunuh, mencuri dan berkelahi sambil merokok.


3. Mengurangkan risiko kematian, dalam berita tidak pernah ditemui orang yang meninggal dalam posisi merokok.


4. Berbuat amal kebaikan, kalau ada orang yang mencari pemetik api..”kita hulur je walaupun inda kenal”..


5. Boleh menambah suasana nature untk ruangan ber AC dgn asapnya, sehingga seolah2 berkabut.
6. Menghilangkan bau wangi-wangian ruang bagi yang alergi bau perfume.


7. Melatih kesabaran dan menambah semangat pantang menyerah karna bagi org yg bru b’jinak2 dgn rokok itu x mudah; batuk-batuk dan tersedak tapi tetap teruskan (bagi yg lulus).


8. Untuk penunjuk kesihatan, biasanya org yang sakit pasti dilarang utk merokok. Jadi yang merokok itu pasti orang sihat.


9. Menambah kenikmatan: pd ptg hari minum kopi dan makan pisang goreng sungguh nikmat.Lbih2 lg ditambah dgn merokok!


10. Tanda kalau hari sudah pagi, kita pasti akn mendengar ayam “merokok”.


11. Anti pncuri, suara perokok yg batuk kuat di mlm hari mujarab untuk menghalau penjahat.


12. Sebagai pengganti pelubang kertas ketika emergency


13. Fakta lain … kira2 30% orang meninggal dunia adalah perokok. 70%-nya bukan perokok ..!! Jadi merokoklah agar masuk ke golongan yg 30% itu .

Fakta Air Mani Lelaki


 +

1. Air mani adalah sumber tenaga:
air mani telah dikaitkan dalam pengubatan Cina dan teori Chi Kung.
Menurut teori Chi Kung, energi dari tubuh ditransfer ke organ seksual selama ghairah seksual. Teori ini menunjukkan setelah keluar air mani, energi tertentu dari tubuh manusia juga sedang dirembes.
Hal ini menjelaskan mengapa orang merasa lemah setelah melepaskan sperma.
2. Rasa air mani berpunca dari makanan yang dimakan lelaki:
Menurut Bodansky dalam bukunya yang berjudul To Bed or Not to Bed (2005), beberapa wanita menyukai rasa air mani tapi yang lain tidak demikian. Sebagai contoh, kafein dan
daging merah membuat rasa air mani masam atau pahit.
3. Air mani sebagai ubat anti depresi (stress) wanita: 

air mani mengandungi beberapa hormon yang mengubah suasana hati, seperti testosteron, estrogen, hormon perangsang folikel, hormon luteinizing, prolaktin dan beberapa prostaglandin yang berlainan. Dan memberi kesan dalam darah wanita sejam setelah terkena air mani.
4. Air mani adalah sejenis nutrisi:
Johnson dan Everitt dalam bukunya Essential Reproduction (2000) mengatakan air mani mengandungi gizi yang tinggi. Dalam ejakulasi khas (kira-kira satu sudu teh), air mani sudah mengandung 150 mg protein, 11 mg karbohidrat, 6 mg lemak, 3 mg kolesterol, 7 percent US AKG kalium, tembaga dan seng.
5. Air mani tidak akan habis:
lelaki hanya memerlukan waktu 15 minit untuk menambah jumlah air mani setelah ejakulasi.


Fakta Google




1. Punca pertama mengapa halaman utama Google sangat minimum untuk ukuran website adalah kerana perancangnya kurang menguasai HTML dan mahukan sebuah halaman yang cepat dan praktik.


2. Dari homepage yang serba kekurangan tersebut, ramai orang berasa ada elemen yang belum diloading sehingga mereka menunggu saja. Akhirnya perancang webnya mengeluarkan mesagge ‘privacy’ untuk menandakan halamannya telah diloading habis.


3. Ciri-ciri “did you mean….” merupakan hasil perbincangan yang sangat lama mengenai posisinya. Dan posisi “did you mean….” sekarang merupakan posisi yang terbaik.




4. Button “I’m Feeling Lucky” hampir tidak pernah digunakan sebelumnya. Ketika Google merancang untuk membuang butang yang telah terpasang itu, entah bagaimana trafik mereka menurun. Terbukti ramai user yang suka menggunakan butang tersebut, sehingga “I’m Feeling Lucky” tetap ada sampai sekarang.


5. Google melakukan perubahan secara kecil dan berkala.


6. Google memiliki jaringan penterjemah terbesar di dunia.


7. Google selalu memperhatikan bagaimana cara user menggunakan search enginenya. Jadi, setiap kali anda menggunakan Google, itu selalu dimonitor oleh Google.


8. Segala email yang anda kirim ke Google akan dibaca dan dibalas.


9. Gmail telah digunakan secara internal oleh Google sebelum dilaunch ke orang ramai.


10.Pekerja Google diberi 20% dari masa bekerja mereka untuk mengembangkan projek mereka sendiri. Google news dan Orkut adalah hasil dari kerja projek ini.



Panggilan Telefon Bimbit Pertama 38 Tahun Lalu


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Panggilan telefon bimbit pertama di dunia dibuat pada 3 April, 38 tahun lalu oleh seorang pengurus besar firma Motorola, Martin Cooper di pusat bandar di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Cooper, yang pada masa itu berusia 44 tahun, keluar bersiar-siar dengan membawa telefon bimbit prototaip Motorola Dyna-TAC sambil diperhatikan orang ramai yang terkejut melihat gajet yang dibawanya.
"Semasa saya bersiar-siar jalan, penduduk New York yang begitu sofistikated kagum melihat seseorang berjalan sambil bercakap di telefon.
"Anda perlu ingat ketika itu tahun 1973, tiada lagi telefon tanpa kod apatah lagi telefon selular (bimbit)," kata Cooper yang kini berusia 82 tahun.
Menurutnya, orang pertama yang dihubungi dengan menggunakan telefon bimbit itu ialah ketua unit penyelidikan firma telefon Bell, Dr. Joel S Engel yang juga saingannya, sebelum dia menghubungi beberapa wartawan.
"Saya menelefon Engel untuk memberitahunya bahawa kami telah mengatasi Bell dalam perlumbaan untuk menghasilkan telefon bimbit pertama di dunia," katanya.
Cooper kemudian membenarkan wartawan-wartawan tersebut membuat panggilan mereka sebagai bukti bahawa mereka bukan ditipu dan dia bukan berjenaka.
Telefon bimbit Dyna-TAC yang seberat 0.6 kilogram berada dalam pasaran 10 tahun kemudian iaitu pada 1983, dan dijual pada harga mencecah AS$3,500 (RM10,592). - Agensi

Fakta Ringkas Negeri-negeri di Malaysia


perlis
NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN

RAJADuli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
RAJA PEREMPUANDuli Yang Maha Mulia Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid
MENTERI BESARY.A.B. Datuk Dr. Md Isa Bin Sabu
IBU NEGERIKangar
BANDAR DIRAJAArau
DAERAHTiada
PARLIMEN3 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI15 Kawasan
LAMAN WEBhttp://www.perlis.gov.my

kedah
NEGERI KEDAH DARUL AMAN

RAJAKebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
SULTANAHKebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Hajah Haminah binti Haji Hamidun
MENTERI BESARY.A.B. Ustaz Haji Azizan Bin Abdul Razak
IBU NEGERIAlor Setar
BANDAR DIRAJAAnak Bukit
DAERAH11 Daerah
PARLIMEN15 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI36 Kawasan
LAMAN WEBhttp://www.kedah.gov.my

penang
NEGERI PULAU PINANG

YANG DI-PERTUA NEGERITuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abas
ISTERI KEPADA TYT YANG DI-PERTUA NEGERIYang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Majimor bt. Shariff
KETUA MENTERI BESARY.A.B. Lim Guan Eng
IBU NEGERIGeorgetown
BANDAR DIRAJA
DAERAH5 DAERAH
PARLIMEN11 KAWASAN
DEWAN UNDANGAN NEGERI33 KAWASAN
LAMAN WEBhttp://www.sukpp.gov.my

perak
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

SULTANDuli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
RAJA PERMAISURIDuli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun
MENTERI BESARY.A.B. Ir Mohammad Nizar Bin Jamaluddin
IBU NEGERIIPOH
BANDAR DIRAJAKUALA KANGSAR
DAERAH9 DAERAH
PARLIMEN23 KAWASAN
DEWAN UNDANGAN NEGERI52 KAWASAN
LAMAN WEBhttp://www.perak.gov.my

slg
NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

SULTANDuli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
D
MENTERI BESARY.A.B. Tan Sri Abdul Khalid Bin Ibrahim
IBU NEGERISHAH ALAM
BANDAR DIRAJAKLANG
DAERAH9 DAERAH
PARLIMEN17 KAWASAN
DEWAN UNDANGAN NEGERI48 Kawasan
LAMAN WEBhttp://www.selangor.gov.my

ns
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

YANG DI-PERTUAN BESARDuli Yang Maha Mulia Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman
TUNKU AMPUANDuli Yang Maha Mulia Tuanku Najihah Binti Al-Marhum Tunku Besar Burhanuddin
MENTERI BESARY.A.B. Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
IBU NEGERISEREMBAN
BANDAR DIRAJASERI MENANTI
DAERAH7 KAWASAN
PARLIMEN7 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI32 Kawasan
LAMAN WEBhttp://www.sukns.gov.my

mlk
NEGERI MELAKA

YANG DI-PERTUA NEGERITuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Haji Mohd Khalil bin Yaakob

ISTERI KEPADA TYT YANG DI-PERTUA NEGERI Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Datin Seri Utama Zurina bte Kassim
KETUA MENTERI BESARY.A.B. Datuk Seri Mohd. Ali bin Mohd. Rustam
IBU NEGERI
BANDAR DIRAJA
DAERAH3 KAWASAN
PARLIMEN5 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI25 Kawasan
LAMAN WEBhttp://www.melaka.gov.my


johor
NEGERI JOHOR DARUL TA'ZIM

SULTANDuli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Ibrahim Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar Al-Haj
SULTANAHDuli Yang Maha Mulia Baginda Sultanah  Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah
MENTERI BESARY.A.B. Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman
IBU NEGERIJOHOR BAHRU
BANDAR DIRAJAJOHOR BAHRU
DAERAH10 KAWASAN
PARLIMEN26 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI56 Kawasan
LAMAN WEBhttp://www.johordt.gov.my

phg
NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

SULTANKebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah
SULTANAHDuli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Kalsom
MENTERI BESARY.A.B. Dato' Sri Adnan bin Yaakob
IBU NEGERIKUANTAN
BANDAR DIRAJAPEKAN
DAERAH11 KAWASAN
PARLIMEN11 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI38 Kawasan
LAMAN WEBhttp://www.pahang.gov.my

tgn
NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

AL-SULTANDuli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
RAJA PEREMPUANDuli Yang Maha Mulia Permaisuri Nur Zahirah
MENTERI BESARY.A.B. Dato' Ahmad Bin Said
IBU NEGERIKuala Terengganu
BANDAR DIRAJAKuala Terengganu
DAERAH7 KAWASAN
PARLIMEN8 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI32 Kawasan
LAMAN WEBhttp://www.terengganu.gov.my

kln
NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

SULTANKebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra
SULTAN  
PERMAISURI 
Duli Yang Maha Mulia Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid
MENTERI BESARY.A.B. Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
IBU NEGERIKota Bharu
BANDAR DIRAJAKota Bharu
DAERAH10 KAWASAN
PARLIMEN14 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI43 Kawasan
LAMAN WEBhttp://www.kelantan.gov.my

sabah
NEGERI SABAH

YANG DI-PERTUA NEGERI
Tuan Yang Terutama Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin
ISTERI KEPADA TYT YANG DI-PERTUA NEGERI
Yang Amat Berbahagia Datin Norlida Datuk RM Jasni
KETUA MENTERI BESARY.A.B. Datuk Seri Panglima Musa bin Haji Aman
IBU NEGERIKota Kinabalu
BANDAR DIRAJA
DAERAH6 KAWASAN
PARLIMEN25 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI60  Kawasan
LAMAN WEBhttp://www.sabah.gov.my

srwk
NEGERI SARAWAK

YANG DI-PERTUA NEGERITuan Yang Terutama Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin

ISTERI KEPADA TYT YANG DI-PERTUA NEGERI
Yang Amat Berbahagia Datuk Patinggi Hajah Norkiah
KETUA MENTERI BESARY.A.B. Tan Sri Pehin Sri (Dr.) Haji Abdul Taib bin Mahmud
IBU NEGERIKUCHING
BANDAR DIRAJA
DAERAH11 KAWASAN
PARLIMEN31 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI71 Kawasan
LAMAN WEBhttp://www.sarawak.gov.my