Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Monday 16 April 2012

Cara-cara buat luka palsu untuk mintak cuti dari BOS


Okay ni ada cara-cara untuk membuat luka palsu macam MAIL LAMBUNGyeah.haha.Kalau nak minta MC boleh la buat macam di bawah dan tunjuk dekat bos anda.

Cara-caranya :

1. Alat-alat dan material yang diperlukan : 
Dakwat merah, pencungkil gigi, cotton buds, span cuci pinggan dirumah anda dan gam.
2. Buat “area luka” menggunakan gam .
3. Tunggu sampai gam kering.
4. Gunakan pencungkil gigi untuk menadjust area luka pada gam.

5. Ratakan gam dan bentukkan kawasan luka dengan span.

















6. Samarkan kawasan luka dengan sedikit dakwat merah.


















7. Ratakan gam dengan pencungkil gigi untuk membentuk “broken skin”.


















8. Sapukan dakwat merah di kawasan luka menggunakan pencungkil gigi.














9. Bentukkan dakwat merah menggunakan cotton bud.














10. Luka palsu dah siap. 














Dan boleh la tunjuk dekat bos anda.Boleh beraksi macam MAIL LAMBUNGdah.hukhuk.Mudah ja kan?kehkeh.


Ni gambar contoh selepas dah siap buat luka palsu tu.Nampak ganaih habaq hang.Sekian.

Wednesday 11 April 2012

Seks dan Vagina


Seks dan Vagina
shutterstock


Fakta-fakta Seks dan Vagina
  • Vagina merupakan ruang yang dikelilingi oleh dinding. Biasanya, dinding-dinding ini bergabung bersama dan menghasilkan hanya satu ruang berpotensi. Ruang ini boleh memanjang dan mengembang semasa persetubuhan. Di akhir persetubuhan, dinding ini mungkin akan mengecil kembali. Sebab itulah sesetengah wanita mengadu yang mereka rasa sangat "ketat" selepas tidak bersetubuh untuk satu tempoh yang lama.
  • Beratus-ratus hujung saraf yang terdapat di vagina memberikan rasa sensasi. Tisu utama untuk sensasi rasa seksual merupakan kelentit yang berstruktur benjol yang dijumpai pada bahagian atas vulva. Ia sangat sensitif ketika dipegang dan dirangsang.
  • Vagina biasanya lembap kerana terdapatnya lelehan yang melalui serviks ke laluan vagina. Semasa terangsang, darah yang mengalir ke vagina semakin meningkat. Sensasi rasa kepenuhan mungkin dirasai di kawasan vagina. Ini disebabkan oleh kesesakan atau pengumpulan darah di kawasan tersebut. Kesesakan menyebabkan cecair meresap melalui dinding vagina. Kelenjar yang terletak di pembukaan vagina juga menghasilkan lelehan pekat yang menyediakan vagina untuk persetubuhan. Cecair dan lelehan dari kelenjar membuatkan vagina menjadi lembap dan menghalang sebarang kesakitan atau kecederaan semasa pertubuhan.
Selaput dara
Selaput dara merupakan istilah perubatan yang merujuk kepada membran vagina. Kamu mungkin telah membaca dalam novel-novel yang ia dipanggil sebagai selaput dara. Ia wujud sejak kamu lahir dan meliputi sebahagian atau sepenuhnya pembukaan vagina. Bayangkan selaput dara ini seperti penutup nipis yang menutupi sedikit mulut cawan. Biasanya akan terdapat satu lubang di tengah. Dalam beberapa kes, selaput dara mungkin menutupi keseluruhan pembukaan vagina dan mungkin memerlukan pembedahan untuk membolehkan darah haid keluar. Selaput dara biasanya elastik. Selaput dara yang masih belum pecah dikaitkan dengan kedaraan. Semasa persetubuhan buat kali pertama, selaput dara mungkin koyak dan ia akan menyebabkan pendarahan dan kesakitan.
Untuk sesetengah wanita, selaput dara mereka lebih elastik dan tidak koyak tetapi meregang hanya semasa persetubuhan. Dalam sesetengah kes, selaput dara masih kekal walaupun persetubuhan telah dilakukan. Bayangkan selaput dara seperti cincin yang boleh meregang sehingga tahap tertentu dan mungkin masih mudah koyak walaupun semasa perbuatan biasa seperti berbasikal dan ketika melakukan split. Gadis remaja mungkin cemas mengenai terkoyaknya selaput dara mereka dan kehilangan dara dalam proses tertentu tanpa melakukan persetubuhan. Ini tidak sepatutnya menghalang kamu daripada menjadi seorang yang menggemari aktiviti luar dan berseronok. Teruskan bersenam dan kekal aktif. Nikmatilah kehidupan!

Perubahan Payudara: Ketahui Setiap Tahap



Payudara seorang wanita merupakan simbol keperempuanannya. Sebab itulah seorang wanita itu sangat mengambil berat tentang saiz dan bentuk payudaranya. Menjaga payudara dengan baik dan melakukan pemeriksaan ke atasnya merupakan salah satu cara untuk memastikan kesihatan seorang wanita.
Semasa peringkat awal remaja, payudara kamu yang sedang membesar mungkin membuatkan kamu tak selesa. Biasalah tu! Kamu cuma perlu memerhatikan perubahan itu. Untuk mengelakkan ketidakselesaan, lakukan sesuatu ke atasnya untuk membuatkan kamu rasa ok.
Membeli coli pertama kamu.
Tak apa kalau kamu rasa tak selesa apabila payudara kamu mula membesar. Ia mungkin akan sedikit sakit atau senstif apabila kamu banyak melompat atau berlari. Gadis akan mula memakai coli apabila payudara mereka mula menguntum. Masa inilah kamu boleh meminta bantuan ibu atau kakak kamu untuk memilih coli yang bagus dan sesuai.
  • Melekap pada badan kamu! Minta bantuan jurujual untuk mendapatkan ukuran yang tepat. Ukuran datang dalam bilangan nombor diikuti dengan huruf. Huruf menandakan saiz cup atau saiz payudara kamu sementara nombor menunjukkan berapa lebar belakang kamu. Cup yang bersaiz A mungkin sesuai sekiranya kamu mempunyai payudara yang kecil. Jangan takut untuk mencuba pelbagai coli dan pilih yang mana kamu rasa sesuai dan selesa.
  • Ahh selesanya. Pilih coli yang diperbuat daripada bahan yang lembut dan selesa dipakai. Sekiranya ia rasa agak gatal, tak perlulah kamu beli juga walaupun ia mengisi payudara kamu dengan baik. Apabila kamu mula berpeluh, bahan yang gatal itu akan merengsakan kulit kamu. Eeee rimas!
  • Elakkan terlalu banyak dawai. Kamu tak perlukan coli yang berdawai sekiranya kamu baru mula memakai coli. Kamu mungkin berasa tak selesa. Ingat, kamu mesti utamakan keselesaan. Pilih coli tanpa dawai jika kamu gemar bersukan atau aktif orangnya. Dawai akan memberikan sokongan. Dengan saiz cup yang lebih kecil, coli tanpa dawai tentu akan lebih menyelesakan.
  • Dapatkan tali coli yang bagus. Tali coli yang lebar memberikan sokongan yang lebih baik. Terpulanglah pada kamu. Tali yang lebih nipis dengan perincian cantik seperti riben atau renda mungkin kelihatan cantik. Sekiranya kamu suka bersukan, dapatkan coli bertali yang lebih besar yang padan dengan kamu. Pilihlah yang paling selesa buat kamu ya!
Buatkan payudara kamu kelihatan cantik!
Siapa yang mahu payudara besar? Payudara kamu dijadikan sesuai dengan tubuh kamu. Jadi jagalah ia sebaiknya dan pastikan ia tegang. Mantapkan payudara kamu dengan beberapa senaman ringkas:
  • Tekan tubi
Buat tekan tubi kamu dari lengan hingga ke lutut. Mula dengan bilangan 8 ke 12 setiap hari. Kamu boleh ulanginya sebanyak 2 hingga 3 kali. Rehat selama 15 saat di antara setiap kiraan.
  • Angkat berat
Ambil dumbel yang dah lama ditinggalkan tu. Sekiranya ini kali pertama kamu menggunakannya, mula dengan berat 2 atau 3 paun. Jangan terus menggunakan yang berat. Kamu boleh menambah berat badan kamu selepas melakukan senaman ini untuk satu masa.
Baring di lantai dengan memegang dumbel. Angkat tangan kamu secara menegak dari bahu dan angkat berat tersebut. Lihat pada siling. Balik semula ke posisi awal dan lakukannya dalam kiraan 12. Ulangi set ini 2 atau 3 kali sehari. Sekiranya kamu tak ada dumbel, isi botol plastik dengan 500ml air dan gunakannya. Kenalah kreatif sikit!
Pemeriksaan Payudara Sendiri (SBE)
Apabila kamu berumur 20 tahun, kamu mungkin mula menyedari terdapatnya perubahan atau ketulan pada payudara. Tak semua ketulan itu merupakan kanser payudara tetapi langkah terbaik adalah dengan mengenali payu dara kamu melalui Pemeriksaan Payu Dara Sendiri (Self Breast Examination atau SBE). Lakukan SBE seminggu sekali atau selepas period. Kamu boleh melakukannya dengan baring atau semasa mandi. Relakskan diri kamu ketika melakukannya. Kamu juga boleh melakukannya sekerap yang mungkin terutamanya sekiranya kamu mempunyai ahli keluarga dengan sejarah kanser payudara.
  • Guna tiga jari tengah dan tekan perlahan payudara secara membulat bermula pada puting kamu dan menghala ke luar. Tambah tekanan kamu untuk merasa sebarang ketulan atau sakit. Kamu juga boleh melakukannya secara ke atas dan ke bawah. Pastikan kamu telah memeriksa seluruh bahagian payu ara.
  • Dengan tiga jari tengah kamu juga, rasa bahagian berdekatan tulang selangka dan tulang dada. Ulangi pemeriksaan ini pada payudara sebelah. Cuba rasa ketiak kamu dan perhatikan sebarang ketulan atau benjolan pada bahagian tersebut.
  • Dengan ibu jari dan jari tengah, picit puting kamu dan perhatikan sebarang perubahan pada warna kulit atau lelehan.
Dengan mempelajari bagaimana untuk memeriksa payudara, kamu mula lebih bertanggungjawab terhadap tubuh kamu. Jika terdapat sebarang perubahan pada payudara kamu, jangan lekas panik. Pergilah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.
Soal Jawab Payudara
Kenapa payudara terasa sakit atau lebih sensitif apabila period semakin dekat?
Walaupun ia menyebabkan kamu tak selesa, kamu tak perlu risau mengenainya. Kamu akan rasa yang payudara kamu agak keras dan penuh sebelum period. Ketika inilah, sentuhan yang lembut pun akan membuatkan kamu mengaduh kesakitan. Kesakitan ini disebabkan tisu payu dara bengkak kerana tahap kandungan estrogen yang tinggi dalam tubuh. Tuamkan dengan tuala suam dan biarkan ia di situ sehinggalah sakit berkurangan. Kurangkan meminum air kerana pada masa ini tubuh kamu menyimpan air apabila tahap estrogen tinggi. Lebihan air akan membuatkan payudara kamu terasa penuh. Kalau terlalu sakit, kamu mungkin boleh mengambil pil tahan sakit. Gerakkan tangan kamu dan lakukan senaman tekan tubi untuk mengekalkan aliran darah yang lancar di kawasan tersebut.
Bolehkah saya besarkan payudara?
Berdiri di depan cermin dan kamu mungkin akan nampak yang kedua-dua payudara kamu tak sama. Satu payudara mungkin akan lebih besar dari yang satu lagi. Puting kamu juga mungkin berbeza. Jangan risau, sebab ini adalah normal. Ingat perbezaan ini dan periksa payudara kamu dari masa ke semasa. Perhatikan sebarang perubahan.
Memang tak ada payudara yang bersaiz atau berbentuk sempurna. Selepas baligh, saiz payudara kamu mungkin berubah bergantung kepada berat badan yang berkurangan atau bertambah. Semasa kehamilan, payudara kamu akan mula menghasilkan susu dan akan menjadi besar. Senaman akan memperbaiki rupa payudara kamu dengan meningkatkan saiz otot yang terletak di bawahnya. Sesetengah wanita mungkin melakukan pembedahan untuk membuatkan payudara mereka lebih besar. Semakin kamu dewasa, kamu mungkin berpendapat yang payudara besar membuatkan kamu lebih cantik atau rasa puas. Ini mungkin betul tetapi berperawakan menarik sebenarnya jauh lebih hebat apabila kamu dan orang sekeliling kamu menerima tubuh kamu seadanya.
Adakah pemakaian coli akan menyebabkan kanser payudara?
Ia tidaklah terbukti benar. Kanser payudara disebabkan gabungan gen tertentu dan juga faktor lain seperti merokok dan berat badan berlebihan. Wanita yang mempunyai ibu, kakak atau ibu saudara yang mempunyai sejarah kanser payu dara, perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan awal. Jadi, tak apa memakai coli kerana ia menyokong payu dara kamu dan memberikan postur yang baik.

Seks? Saya?




Apa itu bercumbu-cumbuan tu? Adakah ia berbahaya?

Budak lelaki dan gadis muda mula ingin tahu mengenai seks sebaik sahaja mereka mencecah remaja atau pada akhir akil baligh. Mereka mula mempunyai hubungan eksklusif dengan kaum berlawanan. Untuk sesetengah, ia mungkin menjadi tempoh yang liar dan gila. Ia merupakan masa untuk bereksperimen dan mengetahui keseksualan seseorang. Bercumbu-cumbuan mungkin termasuk dalam bercium dan mengusap payu dara dan organ seks. Ini merupakan cara seksual untuk menunjukkan tarikan dan minat. Ia mungkin tidak terus menyebabkan berlakunya persetubuhan. Bercumbu-cumbuan tidak bermakna yang pasangan kamu sebenarnya serius dengan kamu dan ia tidak patut diambil sebagai kayu pengukur percintaan.
Macam mana nak kata "jangan" terhadap perbuatan berunsurkan seksual daripada teman lelaki saya?

Lelaki muda mungkin lebih agresif mengenai seks. Semakin mereka cenderung terhadap kematangan seksual, mereka merasakan keperluan untuk bertindak dan berperanan seperti lelaki dewasa. Pada permulaan perhubungan, kamu boleh berbicara mengenainya dengan teman lelaki kamu. Sekiranya kamu tidak sedia untuk melakukan seks, dia seharusnya tidak memaksa kamu. Seorang lelaki yang baik akan memahami dan menghormati permintaan kamu. Sekiranya seorang lelaki itu terus mendesak untuk melakukan seks atau membuat tingkah laku berunsurkan seksual seperti memegang atau meraba kamu dan membuatkan kamu tidak selesa, jadilah lebih tegas dengan mengatakan "jangan". Sekiranya dia menjadi lebih agresif, kamu pasti tahu apa nak dilakukan… tinggalkannya dan jangan menoleh lagi.
Apakah akibat melakukan seks sebelum berkahwin?

  • STI (Jangkitan Kelamin)
    Kamu mungkin mendapat jangkitan kelamin akibat seks sebelum berkahwin. Ini kerana pasangan muda mungkin tidak tahu bagaimana untuk melindungi diri mereka ketika melakukan seks.
  • Kehamilan
    Kamu mungkin malu untuk memberitahu keluarga dan rakan yang kamu telah bersetubuh sebelum kahwin. Kekurangan pendidikan seks boleh menyebabkan kehamilan yang tidak dikehendaki. Pasangan muda mungkin melakukan hubungan seks dan tidak mengetahui mengenai sebarang pencegahan kehamilan. Pendapat pasangan kamu mengenai penggunaan pencegahan juga mungkin mempengaruhi keputusan kamu.
  • Tanggungan kewangan
    Kehamilan akan memaksa kamu untuk jadi lebih bertanggungjawab. Sebagai seorang emak dan isteri, keutamaan kamu akan berubah. Tiada lagi hiburan malam minggu atau lepak bersama rakan-rakan. Tubuh kamu akan melalui satu perubahan dan sebaik sahaja bayi dilahirkan, kamu perlu meluangkan lebih masa di rumah untuk memenuhi keperluannya.
  • Gangguan emosi
    Kamu mungkin merasa bersalah kerana telah melakukan seks sebelum berkahwin. Dalam jangka masa panjang, sekiranya perhubungan itu tidak berjaya, kamu mungkin merasa sangat teruk terhadap semuanya. Kamu akan merasa ditipu atau dikhianati. Dalam setiap perhubungan, terdapat risikonya. Jadi pastikan kamu sudah bersedia untuk menanggung risiko dan akibat daripadanya.

Apa yang Terjadi pada Vagina Saya Semasa Kehamilan?



pregnantBanyak perkara yang berlaku dalam tubuh kamu ketika kamu hamil. Selain daripada perut yang membesar, struktur lain dalam tubuh juga semakin membesar. Tubuh kamu bekerja dua kali ganda semasa kehamilan. Kamu pun boleh lihat kan betapa besar seseorang wanita mengandung itu. Vagina sama seperti struktur lain pada tubuh, seperti kulit dan uterus juga melalui sedikit perubahan semasa kehamilan. Vagina akan berubah daripada warna merah jambu ke agak kebiruan kerana terdapatnya peningkatan aliran darah ke situ. Perubahan ini terjadi akibat bahan kimia yang dibebaskan oleh tubuh semasa seorang wanita itu hamil. Apabila aliran darah ke vagina semakin meningkat, ia mula terkumpul di satu kawasan menyebabkan vagina kelihatan kebiru-biruan. Perubahan warna ini bukanlah sesuatu yang patut kamu risaukan. Ia normal dan tidak akan menyebabkan sebarang ketidakselesaan.
Perubahan vagina disebabkan melahirkan anak
Memang perkara biasa untuk risau mengenai bagaimana seorang wanita itu akan kelihatan selepas kehamilan. Tapi, tahukah kamu yang tubuh sebenarnya cukup bijak untuk mendapatkan bentuk dan fungsinya semula selepas kehamilan. Dengan sedikit senaman dan diet yang betul, tak sukar untuk kembali ke bentuk badan yang asal. Betullah yang perubahan-perubahan begini mungkin berbeza dari satu wanita ke wanita yang lain. Sesetengah wanita mungkin berat badannya tak terlalu naik ketika mengandung. Sekiranya kamu tahu yang kamu agak berisi sebelum mengandung, kemungkinan besar kamu akan naik lebih banyak berat berbanding dengan mereka yang kurus.
Semasa melahirkan anak, dinding vagina dan otot yang menyokongnya akan diregangkan. Dalam sesetengah kes, di mana bayi itu bersaiz agak besar atau itu merupakan kelahiran pertama, dinding vagina dan pembukaan vagina akan terluka atau terkoyak. Kelahiran bayi yang berulang kali akan mengembangkan salur vagina dan menjadikannya ruang sebenar. Pembukaan vagina boleh dipotong menggunakan scalpel atau pisau pembedahan semasa kelahiran bayi untuk mengelakkan kecederaan serius pada vagina. Doktor akan melakukanepisiotomi. Selepas episiotomi, luka akan dipulihkan melalui jahitan. Dengan kebersihan diri yang bagus dan ubat-ubatan, vagina akan kembali seperti sediakala dalam beberapa hari.
Berapa kerapkah seorang wanita perlu berjumpa dengan pakar sakit puan?
Wanita yang sihat boleh mula berjumpa dengan pakar sakit puan sebaik sahaja mereka mula aktif melakukan hubungan seks. Mereka boleh mendapatkan nasihat doktor pada umur 21 untuk melakukan Pap smear. Untuk wanita berumur 30 dan ke atas, Pap smear boleh dilakukan sekali dalam 2-3 tahun. Untuk wanita yang melakukan seks tanpa perlindungan dan sering bertukar pasangan atau mempunyai ibu atau saudara mara yang pernah mendapat kanser serviks, kunjungan ke pakar perubatan boleh dilakukan sekerap yang mungkin.

Mengesan Jangkitan Vagina


Jangkitan vagina mungkin berlaku apabila kuman seperti bakteria atau virus masuk ke dalam vagina melalui pertukaran cecair badan atau luka pada kulit. Melakukan persetubuhan, mengambil antibiotik kuat dalam jangka waktu panjang, stress dan penggunaan sabun kuat boleh menyebabkan jangkitan vagina. Membasuh vagina selepas melakukan seks tak semestinya menghalang jangkitan.Jadi, lindungi diri kamu semasa seks dan, apabila membasuh vagina pastikan kamu pakai sabun lembut yang tidak berbau atau pembersih keintiman wanita.
Jangkitan Yis Vagina: Apa tu?
Tanda biasa yang terdapatnya jangkitan yis adalah terdapatnya lelehan putih yang keluar dari vagina. Lelehan putih ini bukan merujuk pada lelehan putih yang selalu kamu dapat di antara period tu. Ini kerana, kalau terdapatnya jangkitan yis, maka amaun lelehan putih akan bertambah. Jangkitan yis ini disebabkan oleh sejenis kulat yang dipanggil Candida. Satu lagi nama untuk jangkitan yis ialah Candidiasis. Sama seperti Lactobacilli, Candida juga merupakan sebahagian daripada dunia kecil vagina. Apabila peluh, bahang, ubat-ubatan dan stres mengganggu keseimbangan ini, organisma Candida boleh meningkat dan menyebabkan berlakunya jangkitan.
Jangkitan Vagina: Macam Mana Nak Tahu?

Sekiranya kamu mempunyai simptom-simptom ini, jangan tunggu sehingga ia makin teruk. Cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor ya!
Jangkitan vagina berulang dalam beberapa bulan lepas: Patutkah seorang wanita itu risau?
Apabila jangkitan vagina itu kerap berulang, walaupun selepas rawatan, memerlukan kamu berjumpa pakar perubatan. Mungkin ia tak berapa serius dan tidaklah menggangu kamu, tapi kamu mesti berjumpa doktor! Jangkitan vagina berulang mungkin merupakan signal yang kamu mempunyai kandungan gula tinggi dalam darah. Diabetes meningkatkan peluang kamu mendapat jangkitan vagina. Ia merupakan penyakit di mana tubuh tidak dapat menyerap gula dalam darah dengan baik. Jika berat badan kamu tiba-tiba bertambah, doktor akan menasihati kamu untuk menukar diet dan mengurangkan berat badan. Doktor juga mungkin melakukan pemeriksaan pelvik untuk mendapatkan sampel daripada vagina untuk melihat kehadiran organisma lain yang menyebabkan jangkitan. Kamu akan diberi ubat-ubatan yang sesuai sebaik sahaja organisma atau bakteria itu dikenal pasti.

Hamil: Fakta-fakta Kehamilan

Kehamilan bukanlah sesuatu yang luar biasa dan apabila ia berlaku, tubuh mula berubah untuk menyesuaikan diri terhadapnya.

Semasa kehamilan, hormon seks kamu bertindak bersama untuk membolehkan semua perubahan ini berlaku. Berikut merupakan perubahan yang akan dialami oleh tubuh kamu apabila kamu hamil:
  • Uterus semakin mengembang apabila bayi membesar dan ini menyebabkan wanita mengandung mempunyai perut yang membulat besar.
  • Bahagian bawah uterus yang dipanggil serviks semakin lembut.
  • Vagina kamu berubah warna dari merah jambu ke kebiru-biruan.
  • Payu dara kamu mula membengkak dan membesar kerana ia mula menghasilkan susu!
  • Buah pinggang yang menghasilkan air kencing juga membesar. Wanita hamil kencing dengan lebih kerap dan mudah mendapat jangkitan salur air kencing.
  • Berat badan kamu bertambah sepanjang kehamilan.

S: Bilakah kehamilan mula berlaku?

J: Semasa persetubuhan atau perhubungan seks, sperma dari lelaki akan dipancutkan ke dalam saluran vagina. Kehamilan berlaku apabila seorang wanita itu subur ketika bersetubuh. Ini bermakna yang dia telah mengovum atau membebaskan telur dari ovari pada masa tersebut. Sel telur ini melalui tiub fallopio sambil menunggu persenyawaan berlaku. Persenyawaan berlaku apabila bahagian tengah sperma dan telur yang dipanggil nukleusbersatu. Penyatuan sperma dan telur ini menandakan fasa awal kehamilan. Bunyinya macam lebih mudah jika dibandingkan dengan apa yang sebenarnya berlaku, bukan? Bahan kimia yang dibebaskan dari otak dan organ seks juga membantu kehamilan berlaku.

S: Apakah tanda-tanda yang menunjukkan seorang wanita itu sedang mengovum?
J: Sebenarnya, bukannya mudah untuk mengetahuinya. Sesetengah wanita mungkin merasa kesakitan seperti kejang otot. Kamu juga mungkin mendapati lelehan kamu lebih pekat dan berkrim ketika waktu ini. Lelehan itu juga mungkin boleh diregangkan. Cubalah uji dengan memegang mukus itu antara dua jari. Sekiranya kamu tidak bersedia untuk hamil, kamu hendaklah lebih berhati-hati semasa tempoh ini. Pastikan kawasan vagina kering dan bersih untuk mengelakkan jangkitan. Gunakan panty liner untuk kekal segar dan bersih.

S: Bilakah wanita itu tidak subur?
J: Kamu menjadi tidak subur apabila kamu tidak mengovum. Ini bermakna ovari kamu belum lagi membebaskan sebarang telur ke dalam tubuh kamu. Inilah masanya yang menunjukkan pengakhiran kitaran haid kamu. Ini biasanya merupakan "tempoh kering" di mana tidak banyak lelehan yang akan keluar.

S: Bagaimana nak tahu yang seseorang itu dah hamil?
J: Apabila haid kamu lewat dalam masa seminggu atau dua minggu dan kamu pula aktif secara seksual, ia mungkin menunjukkan yang kamu dah hamil. Kamu juga mungkin mula muntah pada waktu pagi atau lebih sensitif. Kamu boleh membeli kit kehamilan dari farmasi untuk mengujinya. Ujian yang positif selalunya menunjukkan yang kamu hamil. Bila ini berlaku dan kamu tidak bersedia, jangan panik! Dapatkan nasihat daripada orang dewasa yang lebih matang dan bertanggungjawab untuk membantu kamu melaluinya. Atau, dapatkan bantuan daripada doktor kamu. Kamu memang memerlukan nasihat dan panduan semasa waktu ini.

10 Tips Cara MenambahKan Air Mani


Air mani ialah campuran cecair dari pundi prostate,pundi seminal,pundi cowpers,pepundi dalam salur kencing,cecair dari pundi epidimis dan sperma dari kilang sperma.Ada 10 cara dapat membantu meningkatkan isipadu air mani,antaranya

.com/
1. Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi,isipadu air mani makin berkurangan dan cair.Jika ejakulasi selang tiga hari,air mani akan lebih mantap.

2. Elak tabiat merokok dan minum minuman keras.Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.

3. Lakukan senaman secara berkala,lakukan senaman kegel atau kemut,iaitu mencengkam otot lantai pelvis dan otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.

4. Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak,tinggi khasiat protein,sayur-sayuran dan kekacang.Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani.Kurangkan makanan pedas dan berempah.

5. Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan.Kepanasan menjejaskan kilang sperma.Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek “boxer” dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas terlalu lama.

6. Kurangkan berat badan jika didapati meningkat.Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormone testosterone.

7. Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertafakur kerana tekanan memberi kesan negative kepada kesihatan badan.

8. Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isipadu air mani yang lebih.

9. Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isipadu air mani dan bilangan sperma seperti madu,telur ayam kampung dan buah badam.Kekacang juga membantu meningkatkan sperma,zink dapat memantapkan kilang sperma.Herba tongkat ali terbukti berkesan dalam meningkatkan hormon testosterone dan DHEA yangs secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma.Semua ini boleh didapati di kedai jamu,pasaraya dan farmasi.

10. Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecerdasan pundi yang menghasilkan air mani.Jika lakukan seks sebelah malam,tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang,jadi pengeluaran air mani juga kurang.

Bulu Badan: Nak Simpan atau Buang

Secara umumnya, wanita mahu merasa bersih dan licin di seluruh badannya. Kadang-kadang, bila terlalu banyak bulu yang tumbuh, boleh rimas jadinya. Sabarlah. Pastikan kamu sentiasa bersih dan segar pada setiap masa. Mandi sekerap yang mungkin terutamanya ketika cuaca panas ataupun kamu aktif dalam sukan.


Membuang Bulu
Sebaik sahaja kamu remaja, kamu akan merasa malu untuk menyimpan bulu-bulu itu walaupun ia tersorok. Pasti kamu mahu memakai baju tanpa lengan atau seluar pendek yang comel. Bulu-bulu itu pastinya tidak akan menyerlahkan lagi fesyen terkini yang ingin kamu gayakan. Jadi, apa yang kamu buat? Gadis remaja mungkin memilih untuk membuang bulu-bulu ini.
Nak cabut atau cukur? Kamu tak perlu membazir wang untuk membuang bulu-bulu ini. Mencabut atau mencukur bulu sangatlah mudah dan murah. Satu tweezer (pencabut) besi tidaklah terlalu mahal. Manakala pencukur pula boleh dibeli sedia ada di pasar raya.
Cabut
Jadi kamu memutuskan untuk mencabut berbanding mencukur. Ini bermakna, kamu punya banyak masa dan tak kisah mengenai kemerah-merahan dan sedikit pedih yang akan dirasai selepas itu. Yang bagusnya mengenai mencabut, kamu akan mengeluarkan seurat bulu tersebut dan bulu itu akan mengambil masa untuk tumbuh. Jadi kamu tak perlu lakukannya setiap minggu. Sebulan sekali pun ok.
Tip Mencabut
Mencabut bulu sangat bagus untuk muka dan ketiak. Bahagian ini bukannya besar sangat dan kamu boleh membuang bulu-bulu tersebut dengan pantas.
  • Sebelum mencabut, dapatkan tweezer yang menggengam dengan bagus dan berhujung tumpul. Jangan guna tweezer bermuncung tajam. Kamu mungkin melukakan kulit kamu.
  • Ambil kain lap dan rendamkannya dalam air suam. Sapukan kain atau tuala tersebut ke bahagian yang ingin dicabut. Kepanasannya akan membuka pori dan membuatkan pencabutan itu lebuh mudah. Kamu juga boleh memasang air panas sehinggalah terdapat wap-wap stim. Berdiri sebentar di dalam tandas dan biarkan wap-wap tersebut membuka pori-pori. Jangan berdiri terlalu lama dan pastikan muka atau tangan kamu tak dekat sangat dengan air panas. Kulit kamu mungkin melecur!
  • Cabut satu bulu pada satu masa. Tak perlulah tergesa-gesa.
  • Jangan sapu losen atau pelembap selepas mencabut. Ia boleh merengsa kulit kamu.
  • Sapukan tuala atau kain sejuk di kawasan yang telah dicabut bulunya. Kesejukan akan mengurangkan kemerah-merahan dan menutup pori kamu.
Mungkin terdapat sedikit kemerah-merahan dan kepedihan di kawasan tersebut selepas mencabut. Ia akan hilang selepas beberapa jam. Pada mulanya kamu mungkin agak sakit tapi lama kelamaan kamu akan biasa.
Cukur
Kamu selalu nak cepat dan tak punya masa untuk mencabut bulu-bulu tersebut. Kamu tak suka kesakitan yang datang dengan mencabut. Jadi, kamu memilih untuk menggunakan pisau cukur yang dah sedia ada di rumah. Cukur sajalah!
Tip-tip Mencukur:
  • Pilih pisau cukur yang tajam dan bersih. Pisau yang berkarat boleh melukakan kulit kamu dan menyebabkan jangkitan.
  • Bersihkan kawasan yang hendak dicukur. Gunakan sabut lembut dan air suam untuk melembutkan bulu tersebut.
  • Kamu boleh menggunakan krim pencukur atau gel untuk membuatkan cukuran lebih mudah.
  • Jangan terlalu menekan ketika mencukur untuk mengelakkan kulit kamu luka.
  • Basuh bahagian yang dicukur dengan air sejuk untuk mengelakkan sebarang kemerah-merahan atau kepedihan.
  • Basuh pisau cukur kamu dan ketuk-ketukkannya untuk membuang bulu-bulu. Biarkan pisau cukur itu kering sebelum menyimpannya. Berhati-hati jangan menyentuh mata pisau cukur itu.
Kaedah Lain Membuang Bulu
Banyak juga cara lain yang digunakan untuk membuang bulu. Ini termasuklah membuang bulu secara manual iaitu melalui waxing atau melalui kaedah-kaedah lain yang lebih sofistikated. Berikut merupakan ringkasan kaedah-kaedah lain sebagai panduan kamu.
    Seronoknya Tak Ada Bulu!Awww!
Mencukur 
  • Murah
  • Mudah
  • Mungkin merengsa kulit
  • Bulu cepat tumbuh
Mencabut
  • Murah
  • Mudah
  • Bulu lambat tumbuh
  • Mungkin menyebabkan kemerah-merahan dan kepedihan kulit
  • Mungkin agak sukar untuk mencabut bulu di kawasan yang lebih besar
  • Mungkin menimbulkan kesakitan
Waxing
  • Disyorkan untuk membuang bulu di kawasan yang besar
  • Sekelompok bulu boleh dibuang sekaligus
  • Sakit
  • Wax yang digunakan mungkin merengsa atau mencederakan kulit sensitif
  • Mungkin sukar untuk membersihkan wax  
Pencukur Elektrik
  • Cepat dan memberikan kulit licin
  • Mungkin menyebabkan luka atau lebam pada kulit 
Penggunaan Bahan Kimia
  • Thioglycolate dan kalsium hidroksida atau sodium hidroksida
  • Mencairkan bulu dan tidak meninggalkan tanda atau lebam berbanding cukuran kerap
  • Mungkin mahal
  • Boleh melukakan atau merengsa kulit sensitif
  • Mungkin menyebabkan alahan kulit
Penggunaan Krim Berubat
  • Eflornithine hydrochloride
  • Mengurangkan pertumbuhan bulu beberapa minggu selepas penggunaan
  • Mudah
  • Mungkin merengsa kulit sensitif
  • Mahal
  • Mungkin memerlukan pemakaian berulang
LASER
  • Mungkin melambatkan pertumbuhan bulu secara drastik
  • Tidak sakit
  • Mahal
  • Memerlukan beberapa kali rawatan
  • Tidak disyorkan untuk semua
  • Memerlukan kemahiran dan pengalaman
  • Mungkin mencederakan kulit jika tidak digunakan dengan betul


Tips Hilangkan Jerawat



Hilangkan Jerawat
Akne merupakan masalah kulit yang biasanya mengganggu remaja. Kamu mungkin mengenali jenis akne seperti jerawat, bintik hitam atau bintik putih. Ia selalunya dijumpai pada wajah, dada, belakang dan lengan. Akne mungkin membuatkan kamu rasa malu dan mula rendah diri. Biasalah tu! Tapi jangan risau sebab ada cara untuk kamu mengawal akne.


Akne merupakan perkara biasa ketika membesar dan ia tak akan kekal selamanya.

Apa penyebab akne: FIKIR SEMULA

Makanan manis buat saya berakne. Coklat dan gula-gula tidak menyebabkan akne. Akne disebabkan oleh pori yang bermasalah. Pori ini sebenarnya membuang kulit mati di dalamnya. Kulit-kulit mati ini kemudiannya menyumbat pori. Apabila ia berlaku, bakteria tertentu dalam kulit menyebabkan pori menjadi merah dan pedih dengan memecahkan kotoran dan minyak di dalam pori. Inilah sebabnya kamu mendapat jerawat.
Hanya mereka yang muda mendapat akne. Sebenarnya, orang dewasa pun ada akne juga! Tapi cuma orang muda yang lebih mendapat akne kerana perubahan hormon dalam badan mereka. Apabila seorang gadis sedang membesar mereka juga mempunyai sejumlah kecil hormon lelaki yang dibebaskan dalam tubuh mereka. Hormon lelaki ini membuatkan pori mula membebaskan minyak atau sebum. Pada masa yang sama, kamu juga mula ditumbuhi bulu pubik dan bulu di ketiak. Untuk orang dewasa, akne mungkin disebabkan oleh hormon. Selain dari hormon, penggunaan ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkan akne pada orang dewasa.
Kotoran, minyak dan peluh menyebabkan akne. Tak semestinya begitu. Bahang, peluh dan kotoran akan membuatkan kulit kering dan seterusnya menyebabkan jangkitan. Sekiranya kamu mempunyai akne yang agak sederhana, kotoran dan bahang akan membuatkan ia lebih teruk.
Saya boleh mendapat akne dengan memegang wajah rakan saya. Bukan begitu. Kamu tak akan dapat akne, jerawat atau bintik hitam sekiranya kamu menyentuh wajah rakan kamu, melainkan kulit rakan kamu mempunyai jangkitan yang disebabkan bakteria.

Akne disebabkan oleh:
Pori yang bermasalah
Bakteria kulit: Propionibacterium acnes
Perubahan Hormon
Genetik

Dan bukannya:
Coklat dan gula-gula
Peluh, bahang dan kotoran
Dengan sentuhan pada kulit
Akne kamu jenis yang bagaimana?

Merah yang Marah
Akne seperti ini berwarna kemerah-merahan, sakit dan bengkak. Ia termasuklah jerawat dan bintil.

Jerawat boleh merujuk kepada benjolan merah kecil yang berhujung kuning atau "bermata". Ia biasanya dijangkiti kuman. Ia boleh disembuhkan dengan ubat yang dibeli di farmasi atau sekiranya terlalu teruk, doktor akan memberi kamu antibiotik.

Bintil apabila teruk akan berubah menjadi akne. Ia membesar, membengkak dan menyakitkan. Lebih teruk, ia membesar dengan cepat. Jangan picit kerana ia akan menyebabkan parut yang dalam. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Silent Heads
Akne jenis ini biasanya leper dan hanya menunjukkan pori besar terbuka. Ia tidaklah sakit tetapi agak menjengkelkan kamu.

Bintik Hitam merupakan sejenis akne di mana plug hitam kotor menyumbat pori terbuka. Plag hitam itu bukannya kotoran tetapi minyak yang menjadi hitam kerana terdedah pada udara.

Bintik Putih terjadi apabila pori tertutup. Kamu hanya boleh melihat benjolan putih kecil pada kulit. Benjolan ini boleh mencair dan mengeluarkan cecair berwarna putih.

Penjagaan Wajah Kamu


Basuh tangan sekerap yang mungkin kerana pada tangan terdapat banyak kotoran dan bakteria. Pasti kamu tak mahu ia melekat pada muka kamu kan? Gunakan sabun lembut antibakteria.
Elakkan daripada menyentuh atau menggaru muka kamu. Sekiranya kulit kamu sensitif, kekerapan menyentuh atau menggosok akan mengakibatkan penggelupasan pada permukaan kulit dan seterusnya jangkitan kulit.
Basuh muka kamu dengan pencuci yang lembut. Jangan gunakan pencuci dengan skrub penggelupas atau manik-manik kecil bila kamu mempunyai akne. Ia boleh merengsa kulit.
Elakkan mengguna sabun kasar yang wangi. Gunakan sabun yang hipoallergenik dan noncomodogenic. Ia selalunya ditulis pada pakej atau label. Ini bermakna produk itu diperbuat daripada bahan-bahan lembut dan tidak akan menyumbat pori muka kamu.
Selalu basuh muka sebelum tidur. Cuci sebarang mekap dan berhati-hati menggunakan pencuci mekap yang kuat.
Lembapkan kulit kamu dengan pelembap noncomedogenic yang ringan setiap kali selepas membasuh muka. Ia mengelakkan kulit kamu kering. Kulit yang kering lebih mudah untuk mendapat cela.


Wednesday 4 April 2012

Kanser paru-paru pembunuh nombor satu lelaki


Oleh ROSMAWATI MION


1- KEADAAN paru-paru yang telah rosak. 2- PARU-PARU yang sihat.

LEBIH 10 tahun hidup Teo Chee Bin ditemani rokok. Setiap hari lebih 10 batang rokok dihisap dan tabiat merokok itu sukar dibuang biarpun dia sedar akan bahaya merokok terhadap kesihatannya.Namun, segalanya berubah pada tahun 2005 sebaik mendapat tahu dirinya disahkan menghidap kanser paru-paru.
Lebih menakutkan Chee Bin, 42, penyakit yang dihidapinya itu sudah berada pada tahap tiga.
Sejak itu, rokok yang selama ini menjadi 'makanan' hariannya, ditinggalkan terus dengan tekad tidak akan menyentuh ia semula.
''Memang perokok dikatakan sukar membuang tabiat merokok, tetapi apabila mendapat tahu diri diserang penyakit bahaya dan tidak boleh bertahan lama, sesiapa pun pasti mudah membuang tabiat itu," katanya ketika ditemui di Hospital Kanser NCI (NCICH), Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Bercerita lanjut tentang penyakitnya, Chee Bin memberitahu, mulanya dia menyangka diserang gastrik apabila mengalami kesukaran untuk menelan makanan.
Lantaran itu, dia menjalani pemeriksaan kesihatan, tetapi doktor tidak dapat mengenal pasti penyakitnya menyebabkan dia dirujuk kepada pakar yang akhirnya mendapati Chee Bin menghidap kanser paru-paru.
''Doktor mencadangkan saya menjalani rawatan kemoterapi, tetapi saya masih tidak berpuas hati, lalu mengambil keputusan untuk bertemu doktor lain di Singapura bagi mendapatkan pandangan kedua.
"Malangnya, jawapan yang sama juga saya perolehi," katanya.
Chee Bin yang berasal dari pekan Serom, Muar, Johor itu, akhirnya menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Melaka dan tahap kesihatannya bertambah baik.
Bagaimanapun, kegembiraannya tidak berpanjangan, penyakit yang disangkakan telah semakin pulih itu kembali menyerangnya tahun lalu.
Lebih menyedihkan, Chee Bin diberitahu hanya mampu bertahan selama setahun.
Bagaimanapun, dia tidak pernah berputus asa apatah lagi setelah mengetahui ada juga mangsa kanser yang berjaya melawan penyakit itu dan hidup lebih lama.
Cuma, apa yang dikesali adalah tindakannya berjinak-jinak dengan rokok sehingga membuat dia ketagih yang akhirnya merosakkan kesihatan diri sendiri.
Menurut Pakar Perunding Perubatan Onkologi, NCICH, Dr. R. Kananathan, kanser paru-paru ini adalah satu penyakit yang serius dan lebih kerap berlaku ke atas kaum lelaki berbanding wanita.
Malah, katanya, kanser paru-paru juga adalah pembunuh utama kepada kaum lelaki di negara ini berikutan gaya hidup yang dijalani mereka iaitu tabiat merokok.
Jelasnya, pada tahun 2003, terdapat sebanyak 1,758 orang yang didiagnosis menghidap kanser paru-paru di Semenanjung Malaysia. Berdasarkan jumlah itu, 73.8 peratus pesakit terdiri daripada kaum lelaki manakala 26.2 peratus adalah wanita.
''Tabiat merokok telah dikenal pasti antara punca utama berlakunya kanser paru-paru. Selain itu, ia juga terjadi disebabkan pencemaran alam sekitar dan keadaan tempat kerja yang terdedah kepada bahan-bahan kimia," katanya.
PekaBagaimanapun katanya, masyarakat terutama perokok perlu sentiasa peka terhadap perubahan kesihatan diri memandangkan 80 peratus daripada penghidap kanser paru-paru hanya menyedarinya setelah penyakit itu berada pada tahap tiga atau empat.
Mengulas lanjut, Dr. Kananathan berkata, biarpun sebenarnya terdapat tanda paling awal bagi penyakit ini iaitu batuk berpanjangan, tetapi tidak bermakna bahawa penyakit kanser itu baru bermula.
''Sebabnya, bagi perokok, batuk sudah menjadi perkara biasa membuatkan mereka tidak menyedari kehadiran simptom itu sehinggalah keadaannya bertambah teruk dengan mengalami batuk berdarah," jelasnya.
Beliau memberitahu, simptom lain yang sering terjadi antaranya sukar hendak menelan makanan, suara serak, mengalami penurunan berat badan dan hilang selera makan.
''Justeru, sesiapa pun terutama perokok jika mengalami batuk berpanjangan selama beberapa hari termasuk batuk berdarah atau turun berat badan perlu segera mendapatkan bantuan doktor kerana lebih awal ia dikesan, lebih mudah dirawat," katanya.
Menurutnya lagi, sekiranya kanser tersebut dikesan pada tahap satu atau dua, ia boleh diubati dengan pembedahan dan rawatan kemoterapi.
Namun, jika sudah berada pada tahap tiga atau empat, rawatan yang diberi adalah untuk membunuh sel-sel kanser dan memastikan ia tidak merebak ke bahagian lain dalam tubuh iaitu dengan melakukan kemoterapi.
Bagaimanapun, jelasnya, hanya 50 peratus yang menjalani rawatan pada tahap ini memberi tindak balas positif dan hidup lebih daripada sembilan bulan. Selebihnya, tidak bertahan disebabkan kanser yang dihidapi bertambah teruk atau merebak ke bahagian lain.
Lantaran itu, katanya, perokok perlu sedar akan bahayanya merokok kerana setiap hisapan yang dilakukan mengundang maut bukan sahaja pada dirinya, tetapi turut mendedahkan risiko yang sama kepada mereka yang tidak merokok di sekelilingnya termasuk kanak-kanak.
Perokok pasif (orang yang menghidu asap perokok) juga merupakan antara mereka yang sangat terdedah kepada risiko pelbagai penyakit walaupun mereka tidak merokok.
Sementara itu katanya, mereka yang menghidap kanser termasuk kanser paru-paru perlu mempunyai pengetahuan berkaitan penyakitnya dan daya ketahanan yang kuat dalam usaha memastikan mereka mampu bertahan lama melawan penyakit tersebut.

Risiko diet ibu mengandung


Para saintis berpendapat ibu-ibu mengandung yang mengamalkan diet akan berdepan risiko bayi yang dikandung mempunyai IQ yang rendah serta masalah tabiat.
Hasil kaji-selidik terbaru mendapati pengurangan zat nutrisi penting dan kalori pada separuh penggal pertama kandungan akan membantutkan perkembangan otak bayi dalam kandungan. Walaupun kajian dilakukan ke atas haiwan penyelidik menyatakan keputusan yang sama dijangka akan dihasilkan jika kajian dilakukan ke atas wanita – dan menegaskan akan bahaya yang berpanjangan kepada bayi sekiranya ibu mereka tidak mengamalkan pemakanan yang sihat.

Penulis Dr.Thomas McDonald berkata kajian ini selanjutnya menunjukkan betapa penting kesihatan dan pemakanan ibu yang baik.Ia menyokong pandangan yang menyatakan diet yang buruk semasa mengandung boleh merubah perkembangan organ janin iaitu otak bayi yang akan menanggung akibat sepanjang hayat, berpotensi merendahkan IQ dan juga tabiat bayi tersebut. Kajian yang lepas juga menunjukkan diet yang berlebihan,kebuluran dan kekurangan makanan semasa mengandung boleh membahayakan bayi yang belum lahir.
Akan tetapi kajian terbaru menjurus kepada “diet yang sederhana” yang titikal di kalangan wanita di Britain dan Amerika.Para penyelidik membuat perbandingan antara dua kumpulan ibu babun di Pusat Kajian Habitat di San Antonio.
Satu kumpulan dibenarkan makan sebanyak mana yang mereka mahu makan diseparuh penggal pertama kandungan manakala satu kumpulan lagi hanya dibenarkan makan kurang 30% “tahap nutrisi” yang sama yang ibu mengandung perlukan, ujar para penyelidik.
Sel-sel tidak membahagi kepada jumlah yang sepatutnya dan neurons tidak berhubung antara satu sama lain. Laporan penyelidik di dalam prosiding National Academy of Sciences melaporkan kekurangan nutrisi berhubung rapat dengan cara sel-sel otak berhubung di kalangan bayi yang belum lahir dan juga merubah ekspresi beribu-ribu baka – kebanyakkannya melibatkan perkembangan sel.
Dr McDonald berkata kekurangan nutrisi kepada janin adalah risiko bahaya kepada ibu-ibu remaja dan wanita yang mengandung pada umur yang lewat.
Pada remaja yang mengandung janin yang membesar akan tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya kerana ibu-ibu remaja memerlukan nutrisi dalam tumbesaran mereka.
Pembuluh darah yang tidak anjal di kalangan wanita yang berumur mengurangkan aliran darah ke rahim, yang akan menyebabkan kekurangan aliran nutrisi kepada janin yang membesar.
Para saintis mencadangkan lebih banyak kajian dijalankan ke atas hubungkait antara diet ibu dan risiko dikalangan anak-anak mendapat autisme, kemurungan dan skizofrenia bila mereka meningkat dewasa. Kajian ini juga mencabar pendapat umum yang mengatakan ibu-ibu boleh menyelamatkan bayi mereka yang belum dilahirkan dengan diet yang berlebihan semasa mengandung.
Penyelidik berkata,proses perkembangan otak babun adalah “sangat rapat” dengan janin manusia. Dr Peter Nathanielsz, dari University of Texas Health Science Centre di San Antonio berkata jangkawaktu ini adalah kritikal bilamana banyak neurons bersama-sama sel menyokong di dalam otak dilahirkan.
Panduan dari Royal College of Obstetricians and Gynaecologists State menyatakan “ bukti tentang bahaya semasa separuh penggal pertama kandungan adalah sangat sedikit, tetapi separuh penggal kedua menunjukkan kebimbangan”.
Akan tetapi,wanita dinasihatkan untuk tidak mengamalkan diet sekiranya mereka didapati mengandung. Dr Patrick O’Brien perunding dan jurucakap Royal College of Obstetricians and Gynaecologists berkata kajian yang dilakukan mungkin tidak boleh diguna-pakai ke atas wanita.
“Semua kajian yang dilakukan ke atas manusia tidak mencadangkan diet yang sederhana pada separuh penggal pertama kandungan mengakibatkan sebarang masalah”. Panduan kami tidak berubah – iaitu wanita mengandung sepatutnya mengamalkan pemakanan sihat, menghindarkan diet dan juga mengelakkan “makan untuk dua orang”, tambah beliau.

Diet Untuk Kehamilan


Apabila memperkatakan tentang diet, harus diingatkan bahawa diet yang seimbang ialah diet yang sihat. Ini tidak bermakna anda harus kurangkan pengambilan makanan kerana ingin menurunkan berat badan tetapi anda harus tahu apa yang anda makan samada ianya sihat atau tidak. Di sini dilampirkan beberapa cara untuk mendapatkan diet yang sihat untuk memudahkan anda untuk hamil. Anda boleh mulakannya hari ini.


Kurangkan pengambilan kafein

Elakkan dari kerap minum kopi. Kajian yang dijalankan oleh Leondires menunjunkkan kafein menyempitkan saluran darah, memperlahankan peredaran darah ke uterus dan berpotensi untuk menyukarkan ovum untuk melekat di dinding rahim. Jika anda seorang penggemar kopi, anda bolehlah memulakan cara baru dengan mengurangkan kandungan kopi yang diambil dengan melebihkan susu berprotein. Ini secara tidak langsung dapat membantu anda menambahkan kalsium di dalam badan. Jika anda terus berhenti secara mengejut dari mengambil kafein, anda mungkin akan berhadapan dengan masalah sakit kepala.

Kawal pengambilan karbohidrat

Tidak bermakna anda harus mengurangkan pengambilan nasi, roti atau pasta. Tetapi anda harus mengambilnya dalam kadar yang berpatutan.

Jika anda mempunyai PCOS (polycystic ovary syndrome) yang merupakan salah satu faktor biasa yang menyukarkan wanita untuk hamil, anda perlu mengambil berat tentang makanan yang terdiri dari bijiran. PCOS ialah hormone yang tidak seimbang yang mungkin bertambah teruk jika tahap insulin dalam darah tidak stabil. Penyebab utama di sebalik insulin yang banyak ialah dari pengambilan karbohidrat. Pakar kesuburan Leondires menyatakan apabila wanita yang mempunyai PCOS makan banyak kandungan karbohidrat, insulin yang mengalir dalam darah akan menyebabkan berlaku proses pengovulan yang tidak normal.

Banyakkan pengambilan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.

Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral, ia juga merupakan membekalkan phytochemical dan anti-oksidan. Alam sekeliling yang sememangnya terdedah dengan pelbagai molekul halus dari cahaya matahari sehinggalah ke asap kenderaan boleh merosakkan penghasilan sperma, ovum dan sistem reproduktif yang sihat.

Dapatkan sayuran dan buah-buahan yang terdiri daripada pelbagai warna seperti beri biru, capsicum dan strawberi. Semakin banyak campuran warna asli dari buah-buahan dan sayuran yang anda ambil, semakin banyak nutrient yang anda dapat. Lebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan dalam diet harian anda.


Jadilah cerewet apabila ingin makan ikan

Badan anda memerlukan lemak asid omega-3 untuk membantu menyuburkan sistem peranakan dan ikan ialah salah satu sumber yang terbaik. Tetapi anda harus berhati-hati kerana bukan semua ikan boleh dimakan kerana sesetengahnya mengandungi kandungan mercury yang tinggi dan ini adalah perkara yang harus dielakkan oleh ibu hamil. Merkuri adalah sangat berbahaya kepada fetus yang sedang membesar dan ianya boleh kekal aktif dalam tubuh seorang wanita lebih dari satu tahun.

Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana bukan semua ikan mempunyai kandungan merkuri. Wanita yang ingin hamil bolehlah makan ikan keli, udang, tuna, salmon.

Walaupun kadangkala anda tidak begitu mengambil berat tentang makanan laut, tetapi sumber omega-3 adalah sangat penting untuk perkembangan otak bayi dan proses tumbesaran mata. Ianya rendah lemah dan kaya dengan protein, vitamin D dan beberapa nutrient penting untuk membantu bayi anda membesar dan melalui tempoh kehamilan yang sihat.

Badan anda mampu menyimpan omega-3 untuk beberapa minggu, jadi ia adalah satu idea yang bagus untuk menyediakan badan anda dalam keadaan yang sihat sebelum anda hamil.

Yang paling penting ialah banyakkan mengambil ikan yang segar dan elakkan makanan laut yang telah pun ditinkan.

Banyakkan zat besi dalam badan

Banyakkan badan anda dengan zat besi sebelum anda hamil terutamanya jika anda melalui tempoh haid yang banyak dan panjang.

Banyakkan makan daging merah atau sayuran yang kaya dengan zat besi yang boleh membekalkan darah seperti bayam. Untuk yang terbaik, dapatkan nasihat kesihatan dari doktor peribadi anda dan jalani ujian darah untuk anemia. Pastikan tubuh anda sihat dan cergas sebelum anda bersedia untuk hamil.

Bagaimana pula dengan diet suami?

Nutrisi mempunyai potensi yang besar untuk menghasilkan sperma yang subur. Pelbagai kajian telah menunjukkan cara pemakanan yang tidak teratur dan pengambilan alcohol boleh mengurangkan kualiti dan kuantiti penghasilan sperma dan menyukarkan seseorang wanita untuk hamil. Hampir 40 % kesukaran untuk hamil berpunca dari lelaki – jadi tukarlah diet anda kepada diet yang lebih sihat.

Perlu diingatkan anda juga harus menetapkan pengambilan kopi hanyalah secawan atau dua cawan sahaja dalam sehari. Ini kerana beberapa kajian telah mendapati kafein merupakan salah satu sebab lelaki mandul.



Apakah nutrient yang paling penting untuk bakal bapa?

Diet harian anda hendaklah seimbang dan terdiri dari pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan

Banyakkan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C dan yang mengandungi antioksidan. Nutrien ini dapat membantu mengelakkan sperma dari cacat dan membantu meningkatkan tahap motiliti nya. (pergerakan). Segelas jus oren segar yang mengandungi 124 mg vitamin C sudah mencukupi dalam sehari. Sekiranya anda seorang perokok, minumlah lebih dari segelas jus oren segar.

Dapatkan zinc yang cukup. Beberapa kajian menunjukkan walaupun hanya kekurangan sedikit zinc boleh mengurangkan kualiti air mani dan menurunkan level testosterone. Cara yang terbaik ialah dengan mengambil makanan laut seperti tiram, kerang dan daging lembu.

Tambahkan kalsium dan vitamin D. Dengan minum banyak susu dan yogurt dapat membantu anda untuk meningkatkan kesuburan kelelakian anda.

Tips untuk mudah hamil

Lebihkan mengambil makanan yang mengandungi sumber protein seperti telur, ikan, soya dan makanan tenusu.

Elakkan mengambil makanan yang agak tajam seperti nenas, tapai, tembikai, air tebu, rebung, air kelapa, minuman beralkohol, ubi kayu atau minuman berkarbonat sewaktu mengikuti program kehamilan.

Elakkan daripada tekanan atau stress.

Niatkan dan berdoa setiap kali bersama pasangan agar dipermudahkan kehamilan.