Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Saturday, 14 April 2012

Video Pemain Bolasepak Livorno Iaitu Piermario Morosini Menemui Ajal Di Padang



Piermario Morosini,25 tahun pemain bolasepak yang menemui ajal ketika perlawanan bola sepak Serie B (liga Italy) diantara Livorno menentang Pescara.Morosini adalah pemain Udinese yang dipinjamkan kepada Livorno ini tiba-tiba rebah pada minit ke 31 perlawanan dipercayai mengalami serangan jantung.Paramedik disitu  sempat memberikan pertolongan di padang dan akhirnya beliau cuba dihantar ke hospital untuk menerima rawatan rapi tetapi sayangnya Piermario Morosini menghembus nafas terakhir ketika saat ambulans tiba.

Lihat : Video Pemain Bolasepak Livorno Iaitu Piermario Morosini Menemui Ajal Di Padang



Thursday, 12 April 2012

Siapa Lee Chong Wei?

Artikel ini berbahasa Inggeris kerana dipetik dari leechongwei.com


Datuk Lee Chong Wei (born in Georgetown, Penang; October 21, 1982) is a professional badminton player from Malaysia.
Lee won the silver medal in the 2008 Olympic Games, becoming the first Malaysian to reach the final of the men's singles event and ending Malaysia's Olympic medal drought since 1996. This achievement also earned him the title Datuk.
As a singles player, Lee was ranked first worldwide on August 21, 2008. He is the third Malaysian men's singles shuttler after Rashid Sidek and Roslin Hashim to achieve such a ranking (since official rankings were first kept in the 1980s), and is the only Malaysian shuttler to hold the ranking for more than two weeks.



Recent Achievements

YearTournamentAchievement
2012All-England OpenRunners-up
2012Malaysia OpenWinner
2012Korea OpenWinner
2011French OpenWinner
2011Denmark OpenRunners-up
2011Japan OpenRunners-up
2011World ChampionshipsRunners-up
2011Indonesia OpenWinner
2011Malaysia Open Grand Prix GoldWinner
2011India OpenWinner
2011All-England OpenWinner
2011Malaysia OpenWinner
2011Korea OpenWinner
2010Asian Games GuangzhouRunners-up
2010Commonwealth Games IndiaWinner
2010Japan Open Super SeriesWinner
2010BWF World ChampionshipsQuarter-Finalist
2010Macau Open GP GoldWinner
2010Malaysia Open GP GoldWinner
2010Indonesia Super SeriesWinner
2010Singapore Open Super SeriesQuarter-Finalist
2010All England Super SeriesWinner
2010Malaysia Open Super SeriesWinner
2010Korea Super SeriesWinner



Kasut Futsal

AMARAN:
Entry ini bukanlah bertujuan untuk menjual kasut futsal.
Entry ini untuk anda kenal yang mana satu kasut untuk futsal.
Entry ini sekadar bertujuan untuk memberikan anda rasa terliur melihat kasut2 futsal yang cantik,lawa,dan mahal ni.HEHE








Hehehehehe..






Taktikal dalam ber futsal

Futsal adalah medan skills..tanpa skills futsal kurang menyeronokkan..Walaubagaimanapun taktikal dalam futsal adalah penting kerana dalam permainan futsal hanya ada 5 pemain termasuk penjaga gol.Jadi,taktikal penting untuk mengekalkan stamina di dalam gelanggang walaupun gelanggangnya lebih kecil dari padang bolasepak.

Jika di padang bola sepak,kita sering mendengar perkataan.. 4-4-2 , 3-4-3 dan sebagainya..tetapi dalam futsal adalah sangat berbeza..
Di Malaysia sekarang ni dah banyak jaguh2 futsal dan juga pakar2 taktikal futsal.Tapi hari ni saya nak highlight untuk mereka yang bersungguh-sungguh dalam sukan futsal tapi tanpa bantuan jurulatih yang berpengalaman.

Semoga link-link yang saya letakkan disini dapat membantu anda semua dalam mempertingkat mutu permainan anda dalam sukan futsal.

yang pertama adalah.. www.gofutsal.com

dalam website ni anda bley berhubung dengan team2 futsal seluruh malaysia dan bley bertukar pendapat dan juga bley set friendly game dengan mereka...nak cari player tambahan,court murah dan coach pon boleh..

link yang kedua pula ialah.. http://futsal-tactics.com/

website ni sangat sesuai untuk team yang tak mempunyai jurulatih taktikal.dalam ni anda boleh tengok taktikal-taktikal yang boleh digunakan dalam permainan.taktik-taktik ni dalam bentuk pergerakan.so,mudah untuk anda paham.Yang penting,perlu praktikkan supaya berkesan.


SELAMAT MENCUBA
MAJULAH FUTSAL UNTUK NEGARA MALAYSIA
MALAYSIA BOLEH!!!

Futsal atau futsol atau food sal?



Futsal adalah permainan bola yang dimainkan oleh dua tim, yang masing-masing beranggotakan lima orang. Tujuannya adalah memasukkan bola ke gawang lawan, dengan memanipulasi bola dengan kaki. Selain lima pemain utama, setiap regu juga diizinkan memiliki pemain cadangan. Tidak seperti permainan sepak bola dalam ruangan lainnya, lapangan futsal dibatasi garis, bukan net atau papan.
Futsal turut juga dikenali dengan berbagai nama lain. Istilah "futsal" adalah istilah internasionalnya, berasal dari kata Spanyol atau Portugisfutbol dan sala.

Futsal dipopulerkan di MontevideoUruguay pada tahun 1930, oleh Juan Carlos Ceriani. Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brasil. Ketrampilan yang dikembangkan dalam permainan ini dapat dilihat dalam gaya terkenal dunia yang diperlihatkan pemain-pemain Brasil di luar ruangan, pada lapangan berukuran biasa. Pele, bintang terkenal Brasil, contohnya, mengembangkan bakatnya di futsal. Sementara Brasil terus menjadi pusat futsal dunia, permainan ini sekarang dimainkan di bawah perlindungan Fédération Internationale de Football Association di seluruh dunia, dari Eropa hingga Amerika Tengah dan Amerika Utara serta AfrikaAsia, dan Oseania.
Pertandingan internasional pertama diadakan pada tahun 1965, Paraguay menjuarai Piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu habis Brasil. Brasil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun 1980 dan memenangkannya lagi pada perebutan berikutnya tahun pd 1984.
Kejuaraan Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggota-anggotanya bergabung dengan FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brasil, tahun 1982, berakhir dengan Brasil di posisi pertama. Brasil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di Spanyol, tetapi menderita kekalahan dari Paraguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga tahun 1988 di Australia.

Pertandingan futsal internasional pertama diadakan di AS pada Desember 1985, di Universitas Negeri Sonoma di Rohnert Park, California. Futsal The Rule of The Game Futsal dipopulerkan di MontevideoUruguay pada tahun 1930, oleh Juan Carlos Ceriani. Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya diBrasil. Ketrampilan yang dikembangkan dalam permainan ini dapat dilihat dalam gaya terkenal dunia yang diperlihatkan pemain-pemain Brasil di luar ruangan, pada lapangan berukuran biasa. Pele, bintang terkenal Brasil, contohnya, mengembangkan bakatnya di futsal. Sementara Brasil terus menjadi pusat futsal dunia, permainan ini sekarang dimainkan di bawah perlindungan Fédération Internationale de Football Association di seluruh dunia, dari Eropa hingga Amerika Tengah dan Amerika Utara serta AfrikaAsia, dan Oseania.
Pertandingan internasional pertama diadakan pada tahun 1965, Paraguay menjuarai Piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu habis Brasil. Brasil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun 1980 dan memenangkannya lagi pada perebutan berikutnya tahun pd 1984.
Kejuaraan Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggota-anggotanya bergabung dengan FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brasil, tahun 1982, berakhir dengan Brasil di posisi pertama. Brasil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di Spanyol, tetapi menderita kekalahan dari Paraguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga tahun 1988 di Australia.
Pertandingan futsal internasional pertama diadakan di AS pada Desember 1985, di Universitas Negeri Sonoma di Rohnert Park, California. Futsal The Rule of The Game

Wednesday, 4 April 2012

Sejarah Sukan Malaysia


Sukan Malaysia (SUKMA) dipertandingkan secara dwi-tahunan yang merupakan kejohanan temasya yang terbesar dan berprestij di negara ini. Kejohanan ini diadakan berselang-seli dengan Sukan SEA bagi tujuan mencungkil bakat-bakat baru atlet yang berpotensi tinggi untuk mewakili negara.

Sukan Malaysia terbit daripada cadangan yang diketengahkan oleh YB. Saudara Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika itu pada tahun 1983. Pada mulanya ia hanya melibatkan sukan tennis, ping pong, lumba basikal, olahraga dan bola tampar, tetapi oleh kerana sambutan yang menggalakkan, maka jenis dan bilangan sukan telah ditambah.

Konsep Sukan Malaysia adalah untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu di kalangan masyarakat yang berbilang kaum sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. SUKMA juga mengamalkan konsep pensyarikatan Malaysia di mana pengelolaan akan melibatkan pihak kerajaan, badan-badan Sukan, Majlis Sukan Negara Malaysia dan pihak swasta dari segi penajaannya.

Penyertaannya peringkat awal dibuka untuk peserta berumur 21 tahun ke bawah, bagi atlet-atlet yang tidak berada di dalam Program Jaya ’98 (iaitu program penyediaan atlet untuk Sukan Komanwel 1998) manakala atlet-atlet di dalam Program Jaya ’98 tiada had umur dikenakan. Semua penyertaan adalah mengikut Majlis Sukan Negeri-Negeri dan Majlis-Majlis Sukan Tentera, Polis, Universiti, manakalan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia adalah sebagai kontinjen jemputan.

Sukan Malaysia kali pertama dan kedua telah diadakan sekitar Lembah Klang di mana Majlis Sukan Negara Malaysia menjadi pengelolanya. Sukan Malaysia ketiga dan seterusnya telah ditawarkan kepada negeri-negeri untuk menjadi tuan rumah. Pada satu peringkat tuan rumah ditentukan secara bida sebagaimana temasya-temasya Sukan antarabangsa yang lain. Selepas kajian dibuat dan dengan mengambilkira kos yang terpaksa dibelanjakan oleh negeri-negeri yang berkeinginan untuk tuan rumah dalam proses bida ini telah meningkat dengan begitu ketara, keputusan baru telah dibuat dengan memberhentikan proses bida dan telah digantikan dengan proses penggiliran mengikut zon.

Sukan Malaysia sudah menjadi medium yang penting dalam menaikkan nama negeri dalam arena Sukan dewasa ini.Kerajaan Negeri telah bersedia untuk membelanjakan peruntukan yang besar bagi persiapan kontinjen, penyertaannya termasuk juga pemberian ganjaran kemenangan dalam konteks Sukan Malaysia hari ini.

Kos untuk mengelolakan temasya ini juga kian kali kian meningkat dengan begitu besar, apa lagi setiap negeri yang menjadi tuan rumah ingin menjadi penganjur yang terbaik setiap kali menjadi tuan rumah. Kepentingan yang tinggi tersebut telah mengenepikan soal kos yang hanya menjadikan keutamaan kedua.

Setiap kali SUKMA baru akan bermula setiap kali itu pula resolusi-resolusi dan peraturan-peraturan baru diimplimentasikan bagi memenuhi keperluan semasa. Sebahagiannya daripada perubahannya tidak untuk tujuan jangka panjang atau untuk kebaikan pembangunan Sukan secara kekal, tetapi lebih kepada kebaikan pengurusan pertandingan semasa atau disebabkan kepentingan tertentu dan ianya tidak konsisten.

Walaupun begitu, Negeri Terengganu telah menjadi penganjur yang pertama yang tidak mengambil kesempatan kepada situasi ini dalam menjadikan penganjur kejohanan yang paling berintegriti. Malah telah dibuktikan sepanjang temasya berjalan Jawatankuasa Juri Rayuan Induk dan Jawatankuasa Disiplin tidak perlu dipanggil bersidang walau sekalipun untuk menyelesaikan sebarang kes teknikal. Ketelusan tuan rumah dalam pengadilan dibuktikan lagi contohnya dalam satu Sukan subjektif Pencak Silat, peserta tuan rumah telah tewas dengan 0.05 mata, yang kalau kemenangan diberi kepada peserta inipun, tidak akan timbul isu yang besar, namun tuan rumah tetap tidak mendesak untuk merubah atau mempengaruhi keputusan tersebut malah menerimanya secara ‘gentelmen’. Sebahagian besar kemenangan atlet tuan rumah datangnya melalui acara-acara dari ‘measurable sports’ yang tidak boleh dipertikaikan keputusannya.

Keputusan pertandingan bagi semua sukan dan di semua venue dapat dilayari dalam internet secara on-line’ dan juga diperolehi secara ‘hard copies’ di semua premis yang telah ditetapkan dengan cepat dan memenuhi sasaran masa tidak lebih daripada tiga (3) minit selepas tamat satu-satu perlawanan. Keputusan juga dikeluarkan secara pertandingan, harian dan keputusan penuh di hari akhir setiap pertandingan. Setiap kontinjen, pengurus pasukan, organisasi, persatuan sukan dan jabatan berkaitan mendapat set keputusan lengkap termasuk dalam bentuk CD sebelum masing-masing berlepas pulang. Perkara ini merupakan satu kekuatan dalam pengelolaan SUKMA kali ini yang telah mendapat pujian daripada semua pihak termasuk media. Maklumat di dalam laman web rasmi juga lengkap sehinggakan pihak media serta juruacara tidak perlu meminta maklumat tambahan lagi daripada seketariat untuk tujuan bahan liputan mereka.Ini pertama kali dalam sejarah SUKMA semua pegawai terlibat termasuk pengurus pasukan dapat membawa balik keputusan lengkap yang memungkinkan mereka membuat penganalisaan pasukan masing-masing dengan lebih tepat.Sebelum ini pengurus pasukan akan membawa balik keputusan bagi atlet-atlet mereka yang bertanding sahaja.

Kalau dilihat dalam kontek pembangunan sukan jangka panjang, masih banyak ruang yang boleh dipertingkatkan lagi.Sokongan kerajaan-kerajaan negeri mungkin lebih membantu kecemerlangan sukan negara melalui SUKMA amnya jika bantuan ini disalurkan berterusan sepanjang dua tahun persiapan, bukan secara praktik masa kini kebanyakan negeri-negeri membuat persiapan setahun sebelum dan bagi negeri-negeri yang kurang peruntukan kewangan , bantuan hanya dapat disalurkan enam bulan sebelum, malah lebih teruk daripada itu ada negeri yang menyediakan pasukan SUKMS mereka tiga bulen sebelum. Ini bermakna tumpuan kepada persiapan atlet dalam persiapan SUKMA masih dikira latihan bermusim dan bukan latihan jangka panjang yang berstruktur.


Latarbelakang

Seminar Pengelolaan Sukan Malaysia setiap tahun telah diadakan pada 27 dan 28 September 2010 di Hotel Pearl International. Seminar ini telah dihadiri oleh Pengarah-pengarah Majlis Sukan Negeri, Wakil dari Majlis Olimpik Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Setiausaha/Wakil Persatuan Sukan Kebangsaan, Majlis Sukan Universiti Malaysia, Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), wakil-wakil media dan orang perseorangan bagi mendapatkan pandangan berkenaan perlaksanaan Sukan Malaysia pada setiap tahun.

Cadangan pengelolaan Sukan Malaysia pada setiap tahun telah dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia pada 8 April 2010 dan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan pada 27 Mei 2010. Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan telah bersetuju pengelolaan Sukan Malaysia akan diadakan pada setiap tahun.

Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia XIV, Kuala Lumpur 2011 kali pertama yang diadakan pada 10 Januari 2011 telah memutuskan sebanyak 20 jenis sukan akan dipertandingkan pada temasya kali ini.

Pengelolaan

Tarikh pengelolaan Sukan Malaysia XIV, Kuala Lumpur 2011 adalah pada 02 Jun hingga 12 Jun 2011.

Sebanyak sembilan belas (19) jenis sukan sahaja akan dipertandingkan di Sukan Malaysia XIV, Kuala Lumpur 2011. Pengesahan sukan-sukan ini juga berdasarkan maklumbalas daripada negeri-negeri yang berakhir pada 15 Mac 2011yang lalu.