Perubahan vagina disebabkan melahirkan anak
Memang perkara biasa untuk risau mengenai bagaimana seorang wanita itu akan kelihatan selepas kehamilan. Tapi, tahukah kamu yang tubuh sebenarnya cukup bijak untuk mendapatkan bentuk dan fungsinya semula selepas kehamilan. Dengan sedikit senaman dan diet yang betul, tak sukar untuk kembali ke bentuk badan yang asal. Betullah yang perubahan-perubahan begini mungkin berbeza dari satu wanita ke wanita yang lain. Sesetengah wanita mungkin berat badannya tak terlalu naik ketika mengandung. Sekiranya kamu tahu yang kamu agak berisi sebelum mengandung, kemungkinan besar kamu akan naik lebih banyak berat berbanding dengan mereka yang kurus.
Semasa melahirkan anak, dinding vagina dan otot yang menyokongnya akan diregangkan. Dalam sesetengah kes, di mana bayi itu bersaiz agak besar atau itu merupakan kelahiran pertama, dinding vagina dan pembukaan vagina akan terluka atau terkoyak. Kelahiran bayi yang berulang kali akan mengembangkan salur vagina dan menjadikannya ruang sebenar. Pembukaan vagina boleh dipotong menggunakan scalpel atau pisau pembedahan semasa kelahiran bayi untuk mengelakkan kecederaan serius pada vagina. Doktor akan melakukanepisiotomi. Selepas episiotomi, luka akan dipulihkan melalui jahitan. Dengan kebersihan diri yang bagus dan ubat-ubatan, vagina akan kembali seperti sediakala dalam beberapa hari.
Berapa kerapkah seorang wanita perlu berjumpa dengan pakar sakit puan?
Wanita yang sihat boleh mula berjumpa dengan pakar sakit puan sebaik sahaja mereka mula aktif melakukan hubungan seks. Mereka boleh mendapatkan nasihat doktor pada umur 21 untuk melakukan Pap smear. Untuk wanita berumur 30 dan ke atas, Pap smear boleh dilakukan sekali dalam 2-3 tahun. Untuk wanita yang melakukan seks tanpa perlindungan dan sering bertukar pasangan atau mempunyai ibu atau saudara mara yang pernah mendapat kanser serviks, kunjungan ke pakar perubatan boleh dilakukan sekerap yang mungkin.
No comments :
Post a Comment