Wednesday, 11 April 2012

Cerita Pasal Budak Lelaki



Kenapa budak lelaki tiba-tiba meninggi?
Budak lelaki mula meninggi beberapa tahun selepas budak perempuan. Mereka boleh meninggi dengan mendadak sekitar umur 12 atau 13 tahun. Ia mula memuncak semasa umur 14 apabila budak lelaki boleh membesar sehingga 4 inci setiap tahun! Pada masa ini, kamu mula terpaksa mendongak hanya untuk bercakap dengan mereka. Mereka juga mungkin akan tampak lebih kacak. Lengan dan kaki mereka akan menjadi lebih panjang, dan bolehlah mereka bermain bola keranjang dengan mudah. Sama seperti gadis muda, tahap tinggi hormon pertumbuhan dan sedikit estrogen yang bertanggungjawab untuk pertumbuhan mendadak ini. Iya, budak lelaki pun ada estrogen juga. Tapi mereka mempunyai lebih testosteron yang membuatkan mereka lebih keras dan agresif. Masa ini, mereka mudah bergaduh dan sukakan sukan lasak.
Apa yang membuatkan suara adik lelaki saya berubah?
Kamu mungkin menggelakkan kawan lelaki kamu yang suaranya halus dan kecil bila kamu berumur 9 atau 10 tahun. Namun ketahuilah yang ia tidak akan kekal lama dan tanpa kamu sedari, kamu mungkin tidak dapat mengecam suaranya lagi. Peti suara atau larinks yang terdapat di tekak kita, membuka paru-paru kita dan dilapisi oleh dua struktur nipis dalam pembukaannya yang bertindak seperti langsir. Struktur ini merupakan pita suara dan ia bergerak ke depan dan ke belakang apabila kamu bercakap dan menyanyi. Minta adik lelaki kamu untuk panjangkan lehernya apabila dia mendongak ke atas. Bengkak pada pertengahan lehernya ialah sesuatu yang dipanggil halkum yang merupakan bahagian hadapan peti suara atau larinks. Apabila budak lelaki membesar kira-kira umur 13 atau 14, testosteron membuatkan pita suara menjadi lebih tebal dan besar. Ia juga membuatkan peti suara menjadi semakin panjang dan menyebabkan bengkak ini lebih kelihatan. Pita suara yang tebal bergerak perlahan dan apabila ini terjadi, suara menjadi lebih garau.
Apa itu testosteron?
Testosteron merupakan hormon lelaki yang dibebaskan oleh organ seks lelaki yang dipanggil testis. Testosteron mula meningkat semasa baligh apabila hormon perangsang merangsang testis untuk mula menghasilkan testosteron. Testosteron membuatkan penis seorang budak lelaki menjadi besar. Ia juga menyebabkan skrotum bertukar rupa membuatkan ia lebih berkedut dengan warna yang lebih gelap. Apabila testosteron memuncak, testis semakin besar dan mula menghasilkan sperma. Masa inilah budak lelaki mula berminat dengan perempuan dan seks. Mereka mula mempunyai geng mereka sendiri dan kurang bergaul dengan perempuan. Mereka kelihatan lebih aktif dan agak ganas. Mereka juga mula melibatkan diri dengan sukan seperti bola sepak ataupun gusti dan menyukainya!
Apakah bahagian organ seks lelaki?
Yang paling popular tentulah penis dan bentuk panjangnya yang melekat pada tubuh lelaki. Ia membesar dalam kepanjangan dan saiz apabila testosteron meningkat ketika baligh. Penis merupakan tempat di mana sperma keluar ketika seks. Ia merupakan organ seks lelaki yang bersentuhan dengan vagina ketika seks.
Skrotum merupakan pundi berwarna gelap atau kemerah-merahan yang terletak di bawah penis lelaki. Skrotum mengandungi testis atau apa yang mereka selalu panggil sebagai "telur". Skrotum tergantung di luar tubuh untuk membuatkan testis sejuk. Suhu yang sejuk adalah penting untuk memastikan kualiti sperma yang dihasilkan oleh testis adalah bagus.
Testis merupakan struktur bulat dan teguh yang dijumpai di dalam skrotum. Ia menghasilkan sperma dan hormon seks seperti testosteron dalam budak lelaki dan lelaki dewasa.
Apa itu mimpi basah?
Apabila budak lelaki mula mencapai kematangan seksual, mereka mula mendapat mimpi basah. Mimpi basah sebenarnya mimpi yang terdapat tindak balas ejakulasi apabila cecair jernih berjeli air main terpancut daripada penis. Ia biasanya berlaku semasa tidur. Dan biasanya mereka juga tidak tahu yang ia telah berlaku, sehinggalah mereka terjaga dari tidur. Mendapat mimpi basah merupakan satu tanda yang budak lelaki itu makin dekat melangkah ke alam dewasa secara fizikal.
Ejakulasi
Semasa ejakulasi, saraf menghantar signal kepada testis untuk mula membebaskan sperma di luar badan. Semasa tahap awal ejakulasi, sperma bercampur dengan cecair daripada kelenjar prostat dan seminal vesikel. Struktur ini biasanya dijumpai hanya pada lelaki. Kelenjar prostat yang berbentuk buah berangan ini terletak berdekatan pundi kencing. Seminal vesikel pula merupakan tiub senget yang terletak di belakang pundi kencing. Cecair daripada kelenjar prostat dan seminal vesikel memberikan perlindungan dan zat terhadap sperma sebaik sahaja ia dipancutkan keluar. Cecair ini juga mengandungi protein istimewa dan vitamin untuk menyediakan sperma terhadap dunia luar yang akan dijumpainya sebaik sahaja ia dibebaskan ke dalam vagina.
Ereksi 
Ia terjadi apabila penis menjadi keras dan tegang. Apabila seorang lelaki menjadi ghairah, otak menghantar signal ke saraf-saraf dalam tubuhnya dan menyebabkan berlakunya ereksi. Aliran darah semakin meningkat di penis dan ia menyebabkan otot-otot penis mengembang membuatkan penis semakin besar dan panjang. Ereksi tidak hanya berlaku apabila seorang lelaki itu ghairah. Pundi kencing yang penuh dan emosi yang memuncak juga boleh menyebabkan ereksi.
Semen 
Semen ataupun air mani merupakan cecair putih yang keluar daripada penis semasa pancutan. Ia mengandungi sperma dan cecair yang keluar dari kelenjar prostat dan vesikal semen. Apabila seorang budak lelaki mula mengeluarkan air mani semasa baligh, semen mereka tidak semestinya mengandungi sperma lagi. Sekiranya ada, bilangan sperma mungkin terlalu sedikit dan mungkin juga belum cukup sihat. Semen juga mungkin kelihatan seperti jeli dan lutsinar atau jernih. Selepas dua tahun dari pancutan pertama, semen mungkin mengandungi lebih banyak sperma yang sihat untuk membuatkan seorang wanita itu hamil.
Sperma
Gadis muda membebaskan telur dalam tubuh mereka sementara budak lelaki pula menghasilkan sperma. Sementara wanita hanya mengeluarkan satu telur pada satu masa, lelaki muda membebaskan berjuta-juta sperma setiap kali mereka mengeluarkan air mani! Tapi hanya satu sperma sahaja yang akan berjaya bergabung dengan telur. Kamu perlukan peralatan seperti mikroskop untuk melihat sperma. Ini kerana ia tersangatlah halus dan kelihatan seperti berudu dengan kepala bulat dan ekornya. Ekornya bergerak pantas dari kiri ke kanan membuatkan ia kelihatan seperti berudu yang sedang berenang-renang.
admin Web Developer

No comments :

Post a Comment