Monday, 21 June 2021

Pheromances Pheromone (kedaipheromone.com)

Pewangi Pemikat dan Penggoda Wanita NO.1 Paling Berkesan !

 
penggoda wanita
Pheromances Pheromone
Mengandugi kuasa 50x Pheromone menjadikan PheRomance sebagai wangian pemikat wanita terunggul di masa ini yang tidak mampu ditandingi oleh mana-mana pewangi pheromone yang lain.
kuasa 50x Pheromone
Pheromances Pheromone
Dengan botol serta berwarna varian Gold, PheRomance adalah terlalu unggul jika dibandingkan dengan mana-mana pewangi berpheromone yang di pasaran masa kini yang rata mempunyai 25x ganda pheromones sahaja.
Gunakan PheRomances, sejenis hormon lelaki, pemikat wanita semulajadi (yang berkuasa) anda boleh memikat, mempesona, menguja, dan MENGGODA mana-mana wanita. Pheromones akan meningkatkan daya keterampilan anda, terhadap wanita secara mendadak. Di-jamin oleh saintis antarabangsa! Jadilah WIRA dalam arena memikat wanita!
  • Pheromones membolehkan anda kelihatan seksi dan menawan;
  • Wanita akan cuba menggoda ANDA tanpa anda sedari;
  • Lebih mata memandang kearah anda tanpa paksaan
  • Dengan kuasa memikat ini, anda pasti akan dapat lebih perhatian;
  • Anda akan dapat lebih senyuman dari wanita;
  • Anda dapati hubungan menjadi lebih baik secara spontan;
  • Hari yang anda lalui, pasti akan lebih menyeronokkan!

Apakah Pheromones?

hormon pemikat wanita paling berkuasa di dunia
Pheromances Pheromone
Setiap haiwan di muka bumi (termasuk manusia) menghasilkan dan bertindakbalas terhadap pheromones. Ia adalah sel hormon yang dikeluarkan melalui liang peluh dan hampir tidak BERBAU. Pheromone hanya dapat dikesan oleh organ (VNO) veromenasal yang terdapat pada pangkal hidung. Pheromones adalah hormon pemikat wanita paling berkuasa di dunia! Ada lelaki yang boleh menghasilkan pheromones secara banyak, manakala ada sebahagian lelaki mengeluarkan pheromones terlalu sedikit dan mungkin tiada langsung. Lelaki-lelaki ini, yang mampu mengeluarkan pheromone dengan banyak secara semulajadi, mungkin anda lihat, mereka kelihatan lebih berkarisma dan punyai aura yang menakjubkan! Kadang-kadang, walaupun rupa mereka tidak menawan, tiada duit yang banyak, mereka dapat menawan gadis-gadis yang sangat cantik dan rupawan! Itulah yang dikatakan (body chemistry) daya bau badan yang mampu memikat atau mungkin mereka telah menggunakan kuasa PheRomances

Efek penggalak libido PheRomances

Pheromones dalam PheRomances bukan hanya mampu memikat seks yang bertentangan, ia juga merangsang libido pasangan anda. Ini bermaksud, dengan menitiskan PheRomances pada nadi anda, iaitu di pergelangan tangan dan leher, juga di belakang cuping telinga, daya tarikan seksual anda akan meningkat. Ini pasti membantu hubungan intim anda dengan kekasih anda. Wanita tidak akan terlepas olehnya! Ia seperti MAGNET. Dengan efek PheRomances ini, anda akan MEMPEROLEHI kelebihan berbanding lelaki-lelaki lain. Gunalah setiap masa, dan anda akan perasan bahawa, anda akan lebih sukses dengan wanita. (Janganlah risau, sebotol PheRomances ini boleh tahan sehingga 3-5 bulan lamanya!)
PheRomances akan meningkatkan keinginan (libido) wanita sekeliling anda secara sedar atau tidak. (kajian secara saintifik dan kllinikal yang dijalankan ke atas pengguna-pengguna pheromones) ia mengekalkan dan memanjangkan tempoh perkahwinan, persahabatan dan persaudaraan. Ini membuktikan pheromones bukan sekadar penggalak libido. Ia juga membantu anda mengharungi kehidupan dengan lebih berjaya. Cubalah sendiri! Anda pasti akan teruja.
meningkatkan keinginan (libido) wanita sekeliling anda secara sedar atau tidak
Pheromances Pheromone
Kebiasaannya pheromone manusia terdapat di celah ketiak ketika perpeluhan berlaku.? Pheromone semulajadi ini adalah satu evolusi kehidupan yang sangat menakjubkan. Penemuan saintis mendapati bahawa, wanita memilih lelaki yang bakal menjadi bapa kepada anaknya berdasarkan faktor-faktor PHEROMONE yang dimiliki oleh lelaki tersebut! Fakta ini memang menarik dan harus anda berikan perhatian, bukankah begitu?
PheRomances mengandungi kandungan pheromone manusia tulen, pada gred tinggi dan terbaik, antara yang paling tinggi kepekatannya berbanding lain-lain jenama yang berada di pasaran. Anda pasti perolehi kesan yang OPTIMUM setiap kali menggunakannya.
PheRomances adalah pheromones yang diadun dengan minyak berasaskan tumbuhan, tanpa sebarang alkohol. Pembeli harus berhati-hati membeli produk pheromones sintetik, campuran bahan asasnya alkohol seperti ethanol dan sebagainya, kerana kajian menunjukkan?bahawa pheromone akan rosak dan musnah dalam masa beberapa saat, sebaik saja ia dilarutkan ke dalam bahan berasas alkohol. Anda patut membeli Pheromones dengan bijak, dengan melakukan sedikit survey & kajian!
produk pheromones sintetik
Pheromances Pheromone

Cara Guna PheRomances

PheRomances di pakai seperti minyak wangi biasa, dititis pada nadi lengan, leher dan pada baju. Perempuan akan secara tidak sedar mengesan pheromones dan mereka akan tiba-tiba tertarik pada anda.
Cara Guna PheRomances
Pheromances Pheromone

Kami tahu anda tentu ada banyak persoalan yang bermain di kepala anda. Di sini adalah jawapan kepada soalan-soalan yang selalu ditanya tentang PheRomances

Apakah Pheromone? Pheromone adalah cecair hormon sintetik yang menghantar bau tanpa sedar kepada seksual bertentangan yang mana akan memberi kesan aroma romantik dan seksual (penarik semulajadi secara sintetik). Ia juga meningkatkan kualiti kehidupan secara seksual!
Bagaimana pheromon dikesan? Pheromon dikesan melalui organ tiga inci di dalam hidung dan dipanggil (Vomeronasal Organ). Ia menghantar respon seksual kepada otak.
Bagaimana saya tidak pernah dengar penemuan yang menarik ini? Ini kerana ia adalah penemuan terbaru dan terkini! Mungkin anda kurang percaya kepada Deria Ke-enam namun ianya wujud dan ianya menjadi sebutan ramai.
Adakah kita mengeluarkan pheromon secara semulajadi? Benar. Kita sebenarnya berkomunikasi secara kimia dengan setiap orang setiap masa. Itu adalah sesuatu yang tidak kita peka.
Jika secara semulajadinya kita mengeluarkan pheromon sendiri, kenapa pula kita perlukan Pheromon tambahan? Ini kerana tabiat semulajadi. Apakah yang mula-mula kita lakukan setiap pagi? Mandi. Ia membasuh dan menghilangkan pheromon kita. Secara amnya, ianya adalah normal. (Lagipun, kita memakai baju dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, dengan itu menghadang 90% kulit kita yang merembeskan pheromon ke udara.) Apabila kita memakai Pheromon tambahan, kita sebenarnya menggantikan pheromon yang kita bersihkan. Dengan itu ia akan mengimbangkan dan membekalkan Pheromon semulajadi kita, “kita kembali asal” dan memberikan keupayaan berkomunikasi secara kimia dengan orang-orang di sekeliling kita.
Berapa lama ia tahan? Pheromon kami tahan sekurang-kurangnya , 5-12 jam apabila dikenakan pada (tangan, tengkuk dan lengan)
Kenapa saya perlu membelinya dari anda? Quality – Keberkesanan produk kami telah terbukti. Kenapa perlu ambil risko dengan produk lain. Integrity – Kami percaya dengan kejujuran. Sebab itulah kami letak lebih pheromone dalam produk kami. Value – Kami beri lebih dengan wang anda. Pheromone kami adalah lebih berkuasa. Didatangkan pada botol lebih besar 10ml yang senang untuk di bawa di dalam kocek seluar
Pheromances Original
Pheromances Pheromone
awas produk tiruan
Pheromances Pheromone


P/S : Penguatkuasaan Hologram pada kotak produk pheromances kami akan berkuat kuasa sepenuhnya bulan Disember nanti.Jika anda memiliki produk kami{kedaipheromone.com) sebelum ini tanpa hologram,sudah semestinya ia tetap Original. Penguatkuasaan hologram pada kotak original kami baru dilancarkan,stok lama masih tiada sebarang hologram. Sebarang soalan dan pertanyaan anda boleh terus hubungi kami 0123377045 untuk pengesahan keaslian produk.

Wednesday, 25 April 2012

Manusia Raksasa di temui






Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad, Umat Nabi Hud AS (BUKTI KEBENARAN AL QURAN)

Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.


Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.

Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?

Penemuan Arkeologi di Kota Iram
Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.
Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia". Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah" 20.
Semua nama tersebut bermaksud "Arabia yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?
Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.
Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.
Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.
Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.
Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.
Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".
Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?
Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran . Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar 'Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran:
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)

Tuesday, 24 April 2012

Kita tak pernah kenal,tapi minat kita sama

Entry kali ini mungkin akan mengungkit masa silam kita untuk mereka yang mungkin berada di zaman ini ketika dahulu.Mungkin ada antara kita yang dah jadi doktor,engineer,jutawan,cikgu,ahli bomba,pilot dan lain-lain pernah melalui zaman ini.
Mungkin permainan-permainan ini budak-budak sekarang dah tak pandang sebab diorang ada PS3,XBOX dan lain-lain..Tapi ini lah permainan yang suatu ketika dahulu pernah di gilai dan menjadi medan untuk kita sebagai kanak-kanak membuka minda sekaligus jadi medan untuk kita melebarkan silaturrahim antara kita..
Ini cuma antara,bukan semuanya..Tapi semoga entry kali ni dapat mengingatkan kita zaman kanak-kanak kita..zaman kanak-kanak kita masih suci..tiada darjat antara kita..tiada fahaman politik berbeza,tak perlu kita gaduh rebut awek..kita tak pernah kenal..tapi kita pernah kongsi minat yang sama :)


1- Plastisin/plastesin/tanah laiat/tanah lembik

2-Jojo : agak mahal rm2..tapi barang pun baekk-baekk hehe



3-game motorcross : tak semua pernah rasa,tapi semua tahu zaman tu ada :)


4- Game bata.Jalan kat pasar malam sambil main game ni :)


5-Tudung menet/tudung botol: siap ada tournament kalah mati tim rehat kat skolah hehe :)


6-Guli : beli kat kedai apek..guli susu korang ingat tak? huhu :)


7- Bola kad : siap ada jersi masing-masing.Jenis kotak/kad yang dipakai.Keeper mesti besar gabak. :)


8-Ini memang best.warna pelangi..Beli kat pasar malam ataupun funfair.hehe :)




9- Dah lupa nama dia.tapi budak perempuan suka main.Nak jadi pereka fesyen katanya :)



10- Antara yang popular.siap ada bendera negara masing2..Wrestling Pemadam.huhu..Pemadam pen yang biru tu slalu kalah sebab kecik dan keras. :)


11- Yang ni rm1.time tu agak mahal..tapi tiap kali iklan kalau dengar " TORA datang lagi...!!! " Tengah mandi pon bukak pintu nak tengok permainan apa kali ni..; hehe :) 




12- Ini special dari mekah. gambar 3D..Kegemaran jugak ni! :)




13- Last kali permainan ni,dah lupa apa nama dia..yang penting cikgu math cakap permainan ni boleh kembangkan minda macam chess.Betul ke? hehe :)



Sebenarnya banyak lagi permainan yang pernah kita main kecik-kecik dulu.Tapi dah tak ingat..
Apa-pon yang penting time tu kita happy sangat dan ada yang nangis kalau tak dapat benda ni.
Selamat menjadi dewasa kawan-kawanku..harga masa tua anda dengan membahagiakan kanak-kanak.. Kenangan zaman kanak-kanak amat berharga.
Terima kasih kepada ibu bapa kita dulu
:)

Friday, 20 April 2012

Learn Japanese!

                                                              

Konnichiwa mina-san~

Post kali ni kita akan belajar tentang part of our bodies in japanese! yeay

Are you ready? Nihonggo benkyou shimasyou!



karada                     体body
atama                    頭head
kami                        髪hair
kao                           顔face
hitai                         額forehead
me                          目eye
mayu                         眉eyebrow
mabuta                まぶたeyelid
matusge                    まつげeyelash
hana                      鼻nose
mimi                      耳ear
kuchi                   口mouth
kuchibiru             唇lip
ha                      歯teeth
shita                 舌tongue
nodo                    のどthroat
ago                     あごjaw
kubi                     首neck
kata                     肩shoulder
ude                      腕arm
hiji                         ひじelbow
te                          手hand
yubi                        指finger
tsume                     爪nail
mune                      胸chest
senaka                    背中back
onaka                     おなかstomach
hiza                           ひざknee
ashikubi                   足首ankle
kakato                      かかとheel
tsumasaki                 つまさきtoe




Aja-Aja Fighting!   :D

Thursday, 19 April 2012




 Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut hati

1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar

3. Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

4. Amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"



                                                                 sumber:facebook























Wednesday, 18 April 2012

Nenek curi ibu kayu beri cucu makan didakwa di mahkamah



Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.


18 sebab jin merasuk manusia




WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.
Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.
Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.
“Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat”. Katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.
“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya, tambahnya. Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.
“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:
1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.
Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.
Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.
Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.
Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.