Sunday 15 April 2012

Let's Learn Japanese!



Mina-san , anda suka menonton drama Jepun? Movie Jepun? Or baca komik Jepun?
Tunggu apa lagi, Jom kita belajar Bahasa jepun!

Nihonggo benkyou shimasyou!! Haikk

Ohaiyou gozaimasu - Selamat Pagi                               
(formal)
Ohaiyou                 - Selamat Pagi
(informal)

Konnichiwa - Selamat Petang

Konbanwa - Selamat Malam
 ( yang diucapkan apabila berjumpa dgn org lain pada waktu malam dan                                
 TIDAK DIUCAPKAN APABILA HENDAK TIDUR)                                   

Oyasuminasai - Selamat Malam (Goodnight)
(formal)
Oyasumi   - Selamat Malam 
(informal)

Arigatou gozaimasu  - Terima Kasih
(formal)
Arigatou  - Terima Kasih
(informal)

Self Introduction: 

Ohaiyo gozaimasu -  Selamat Pagi
Watashiwa Hassan desu - Nama saya Hassan
Watashiwa Kuala Lumpur kara kimashita - Saya datang dari Kuala Lumpur
Watashiwa gakusei desu - Saya seorang pelajar  (gakusei : pelajar)
Yoroshiku onegai shimasu.. - Sila beri tunjuk ajar. (selalu diucap semasa self introduction)


That's all for now..See you next time!

Sayonara~



Let's Learn Japanese!



Mina-san, anda suka tengok drama Jepun? Movie Jepun? Or baca komik Jepun?

Saturday 14 April 2012

Video Pemain Bolasepak Livorno Iaitu Piermario Morosini Menemui Ajal Di Padang



Piermario Morosini,25 tahun pemain bolasepak yang menemui ajal ketika perlawanan bola sepak Serie B (liga Italy) diantara Livorno menentang Pescara.Morosini adalah pemain Udinese yang dipinjamkan kepada Livorno ini tiba-tiba rebah pada minit ke 31 perlawanan dipercayai mengalami serangan jantung.Paramedik disitu  sempat memberikan pertolongan di padang dan akhirnya beliau cuba dihantar ke hospital untuk menerima rawatan rapi tetapi sayangnya Piermario Morosini menghembus nafas terakhir ketika saat ambulans tiba.

Lihat : Video Pemain Bolasepak Livorno Iaitu Piermario Morosini Menemui Ajal Di Padang



Friday 13 April 2012

Index Cemburu Lelaki Mengikut Horoskop





Rahsia lelaki.
Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.
Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan. Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran:-
Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Gemini
Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain
Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.

petikan dari:http://www.kedaiwan.com/blog/10/10/index-cemburu-lelaki-mengikut-horoskop/

Antara yang HOT 2012


IPAD 3?


Iphone 5?

Canon 5D Mark 111 DSLR Cameras?

Sony Experia Play?

Blue ray players?


Samsung Galaxy S3?

Windows 8?

Apple TV?

Playstation Vita?

AND

Facebook Timeline :)




Apa anda tahu dengan Sabtu?



SABTU

wikipedia kata:
Hari Sabtu (Saturday dalam Bahasa Inggeris) merupakan hari terakhir dalam seminggu dan datang selepas hari Jumaat. Perkataan Sabtu juga berasal dari Bahasa Arab.
Bagi pegawai kerajaan Malaysia, hari Sabtu adalah hari bekerja, kecuali Sabtu pertama dan ketiga setiap bulan. Sambutan hari lahir Senarai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia adalah pada Sabtu pertama dalam bulan Jun. Jadi, dalam bulan ini, Sabtu pertama merupakan hari cuti, tetapi Sabtu kedua adalah hari kerja. Oleh kerana hari Sabtu adalah hari yang seluruh rakyat Malaysia bercuti, banyak majlis perkahwinan diadakan pada hari ini.
Bagi orang Yahudi dan mazhab Kristian protestan Seventh-day Adventist Church, hari Sabtu juga dikenali sebagai Sabbath, 'Sabat', iaitu hari rehat dan hari penyembahan dimana mereka pergi ke gereja berdasarkan pada Kitab Suci.
                kita pulak kata ? :

In English we called Saturday

Filem Hindustan setiap Sabtu

Jangan lupa bawa beg lebih

ERKK..

Baju kuning setiap Sabtu??

Setiap petang Sabtu

Semestinya Jem.Jangan lupa bawa roti OK


Shopping time

Ini reality.Bantai tidoq sampai ke petang.HEHE


SELAMAT HARI SABTU