Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday 12 April 2012

Kenali Potensi Diri Melalui Kaedah Sains Metafizik


Kenali Potensi Diri Melalui Kaedah Sains Metafizik

Mencungkil bakat semulajadi di sebalik tarikh lahir

Mengetahui tenaga yang ada pada diri anda
INI TERSANGAT NICE..SAYA JUMPA DAN KONGSIKAN DENGAN ANDA SEMUA....
SEMOGA BERJAYA !!!
KLIK LINK DIBAWAH INI
|
|
|
|
v

Wednesday 11 April 2012

Alamak..tayar kereta bocor!!


Langkah-langkah Bagaimana Hendak Menukar Tayar Yang Bocor (Bahagian Belakang)

Pemandu “hemat” harus memastikan keretanya ada:
i) Tayar ganti atau “spare”.
ii) Tayar ganti ada angin.
iii) Jack.
iv) Pembuka nut atau tayar.
Yang terpenting ialah item nombor (i). Sebenarnya, keempat-empat penting. Tanpanya, proses penukaran tayar, tidak dapat di jalankan.
Usaha menukar tayar bocor di jalan-jalan biasa, di pekan, ke arah kampung mahupun sepanjang “highway”, adalah suatu tindakan bahaya sekali.
Demi mengurangkan bahaya, kereta anda harusnya mempunyai alat segi tiga kecemasan atau “kon”.
Kecuali pemandu-pemandu komersial seperti van, bas, lori, serta treler, perkara di atas itu wajib ada. Kenderaan peribadi, kesemuanya tidak ada alat kecemasan atau kon. Sebenarnya, alat-alat ini amat penting bagi mencegah kemalangan.
Kursus 6 Jam, sepatutnya sudah mengajar bakal calon pemandu selok-belok cara-cara menukar tayar bocor. Tetapi malang sekali, tidak.
Akhirnya, kebanyakan pemandu “jahil” tentang penukaran tayar bocor itu.
Bagi calon perempuan, boleh di maafkan. Lelaki bagaimana? Terpaksa tukar tayar sendiri.
Artikal ini bertujuan mengajar pembaca=pembaca bagaimana hendak uruskan tukar tayar bocor.
Di peringatkan, langkah-langkah yang di ketengahkan adalah pendapat saya. Sudah tentu akan berbeza dengan orang lain. Terimanya kiranya sesuai. Kalaunya tidak, abaikannya sahaja.
Di sini, saya akan menjelaskan corak-corak menukar tayar bocor bahagian belakang.
Menyedari salah sebiji daripada tayar belakang mengalami kebocoran, kurangkan had laju, jangan panik.
Langkah-langkah yang di cadangkan anda laksanakan:
1) Serta-merta memasang lampu kecemasan.
2) Kiranya terafik padat, boleh memasang lampu depan / belakang kereta anda.
3) Cari bahu jalan yang rata.
Kemudian, cepat memasang alat kecemasan atau kon lebih kurang 20 – 30 meter di belakang kenderaan anda.
Kesemua penumpang di nasihatkan keluar kereta. Tidak di benarkan berada dalam kenderaan. Bahaya kiranya berada di dalam kenderaan.
Seterusnya:
1) Keluarkan tayar ganti.
2) Keluarkan “jack”.
3) Alat skrew driver.
4) Pembuka nut atau tayar.
Hendaklah pasang “brek tangan”. Kemudian masuklah salah satu gear. Apa-apa gear pun boleh.
Kiranya hendak membuka kedua-dua “booth” dan “bonnet”, elok juga. Ini akan menarik perhatian pemandu lain kepada kecemasan anda!
Langkah kemudian, buka “wheel cover” tayar terlebih dulu dengan skrew driver.
Seterusnya, buka nut-nut tayar bocor. Naikkan tayar bocar sehingga ia melepasi paras tanah.
Untuk tayar ini, cari tempat keras atau kuat di badan kereta bagi meletakkan “jack”. Sesudah memasuki tayar ganti, ketatkan nut-nut tayar dengan sederhana sahaja.
Proses seterusnya ialah menurunkan kenderaan. Kemudian, hendaklah memperketatkan keempat-empat nut tayar. Ini penting. Ia melarang nut-nut tayar daripada terjatuh keluar.
Bagi mengakhiri langkah-langkah pernukaran tayar itu, turunlah kenderaan dengan perlahan. Akhir sekali, letakkan jack, alat pembuka tayar, skrew driver, tayar bocor ke dalam booth dengan selamat.
Seterusnya, padam lampu kecemasan kenderaan. Sebelum mula bergerak, “free” gear dahulu.
Proses penukaran tayar bocor itu memang panjang-lebar. Sudah pasti di lupanya satu dua langkah. Di mana terdapat perkara-perkara yang tidak di beritahu, tambah-tambahnya sahaja.
Akhir kata, ke kedai tayar sahaja seberapa cepat yang boleh. Tayar bocor hendaklah di tampal segera. Kerana tayar itu mustahak sekali!

Seks dan Vagina


Seks dan Vagina
shutterstock


Fakta-fakta Seks dan Vagina
  • Vagina merupakan ruang yang dikelilingi oleh dinding. Biasanya, dinding-dinding ini bergabung bersama dan menghasilkan hanya satu ruang berpotensi. Ruang ini boleh memanjang dan mengembang semasa persetubuhan. Di akhir persetubuhan, dinding ini mungkin akan mengecil kembali. Sebab itulah sesetengah wanita mengadu yang mereka rasa sangat "ketat" selepas tidak bersetubuh untuk satu tempoh yang lama.
  • Beratus-ratus hujung saraf yang terdapat di vagina memberikan rasa sensasi. Tisu utama untuk sensasi rasa seksual merupakan kelentit yang berstruktur benjol yang dijumpai pada bahagian atas vulva. Ia sangat sensitif ketika dipegang dan dirangsang.
  • Vagina biasanya lembap kerana terdapatnya lelehan yang melalui serviks ke laluan vagina. Semasa terangsang, darah yang mengalir ke vagina semakin meningkat. Sensasi rasa kepenuhan mungkin dirasai di kawasan vagina. Ini disebabkan oleh kesesakan atau pengumpulan darah di kawasan tersebut. Kesesakan menyebabkan cecair meresap melalui dinding vagina. Kelenjar yang terletak di pembukaan vagina juga menghasilkan lelehan pekat yang menyediakan vagina untuk persetubuhan. Cecair dan lelehan dari kelenjar membuatkan vagina menjadi lembap dan menghalang sebarang kesakitan atau kecederaan semasa pertubuhan.
Selaput dara
Selaput dara merupakan istilah perubatan yang merujuk kepada membran vagina. Kamu mungkin telah membaca dalam novel-novel yang ia dipanggil sebagai selaput dara. Ia wujud sejak kamu lahir dan meliputi sebahagian atau sepenuhnya pembukaan vagina. Bayangkan selaput dara ini seperti penutup nipis yang menutupi sedikit mulut cawan. Biasanya akan terdapat satu lubang di tengah. Dalam beberapa kes, selaput dara mungkin menutupi keseluruhan pembukaan vagina dan mungkin memerlukan pembedahan untuk membolehkan darah haid keluar. Selaput dara biasanya elastik. Selaput dara yang masih belum pecah dikaitkan dengan kedaraan. Semasa persetubuhan buat kali pertama, selaput dara mungkin koyak dan ia akan menyebabkan pendarahan dan kesakitan.
Untuk sesetengah wanita, selaput dara mereka lebih elastik dan tidak koyak tetapi meregang hanya semasa persetubuhan. Dalam sesetengah kes, selaput dara masih kekal walaupun persetubuhan telah dilakukan. Bayangkan selaput dara seperti cincin yang boleh meregang sehingga tahap tertentu dan mungkin masih mudah koyak walaupun semasa perbuatan biasa seperti berbasikal dan ketika melakukan split. Gadis remaja mungkin cemas mengenai terkoyaknya selaput dara mereka dan kehilangan dara dalam proses tertentu tanpa melakukan persetubuhan. Ini tidak sepatutnya menghalang kamu daripada menjadi seorang yang menggemari aktiviti luar dan berseronok. Teruskan bersenam dan kekal aktif. Nikmatilah kehidupan!

Cinta VS Nafsu



Apakah perbezaan antara cinta dan nafsu?
Tubuh kita kadangkala boleh menipu kita, menyebabkan kita rasa seolah-olah kita jatuh cinta dengan seseorang itu, walau yang sebenarnya kita cuma meminati si dia.
Apabila kita mula "jatuh cinta", kita rasakan ia seperti cinta sebenar. Cinta memberikan maksud yang lebih mendalam yang biasanya datang dengan perhubungan lebih matang. Memanglah ada kes macam cinta romantik di mana tarikan fizikal berada di kemuncak. Kamu dan pasangan semakin gemar bersentuhan fizikal dan mula bereksperimen dan menjadi lebih ingin tahu mengenai seks. Hormon seks dan kimia dalam otak yang membuatkan kamu rasa begini. Bila ia berlaku, kamu mula merasa dorongan seksual dan mula menjadi obsesi dengan pasangan kamu.
Waktu inilah nafsu mula terasa. Kamu bernafsu bila kamu mula memikirkan untuk terlibat secara seksual dengan seorang yang lain. Nafsu memfokuskan terhadap fizikal dan seks, tidak seperti cinta di mana ia memerlukan komitmen dan keserasian yang mendalam. Apabila nafsu berkurangan, saat inilah ujian cinta sebenar akan bermula. Jika kamu menyayangi seseorang itu, tiada sebab kenapa kamu perlu terburu-buru terlibat secara seksual dengannya.

Seks? Saya?




Apa itu bercumbu-cumbuan tu? Adakah ia berbahaya?

Budak lelaki dan gadis muda mula ingin tahu mengenai seks sebaik sahaja mereka mencecah remaja atau pada akhir akil baligh. Mereka mula mempunyai hubungan eksklusif dengan kaum berlawanan. Untuk sesetengah, ia mungkin menjadi tempoh yang liar dan gila. Ia merupakan masa untuk bereksperimen dan mengetahui keseksualan seseorang. Bercumbu-cumbuan mungkin termasuk dalam bercium dan mengusap payu dara dan organ seks. Ini merupakan cara seksual untuk menunjukkan tarikan dan minat. Ia mungkin tidak terus menyebabkan berlakunya persetubuhan. Bercumbu-cumbuan tidak bermakna yang pasangan kamu sebenarnya serius dengan kamu dan ia tidak patut diambil sebagai kayu pengukur percintaan.
Macam mana nak kata "jangan" terhadap perbuatan berunsurkan seksual daripada teman lelaki saya?

Lelaki muda mungkin lebih agresif mengenai seks. Semakin mereka cenderung terhadap kematangan seksual, mereka merasakan keperluan untuk bertindak dan berperanan seperti lelaki dewasa. Pada permulaan perhubungan, kamu boleh berbicara mengenainya dengan teman lelaki kamu. Sekiranya kamu tidak sedia untuk melakukan seks, dia seharusnya tidak memaksa kamu. Seorang lelaki yang baik akan memahami dan menghormati permintaan kamu. Sekiranya seorang lelaki itu terus mendesak untuk melakukan seks atau membuat tingkah laku berunsurkan seksual seperti memegang atau meraba kamu dan membuatkan kamu tidak selesa, jadilah lebih tegas dengan mengatakan "jangan". Sekiranya dia menjadi lebih agresif, kamu pasti tahu apa nak dilakukan… tinggalkannya dan jangan menoleh lagi.
Apakah akibat melakukan seks sebelum berkahwin?

  • STI (Jangkitan Kelamin)
    Kamu mungkin mendapat jangkitan kelamin akibat seks sebelum berkahwin. Ini kerana pasangan muda mungkin tidak tahu bagaimana untuk melindungi diri mereka ketika melakukan seks.
  • Kehamilan
    Kamu mungkin malu untuk memberitahu keluarga dan rakan yang kamu telah bersetubuh sebelum kahwin. Kekurangan pendidikan seks boleh menyebabkan kehamilan yang tidak dikehendaki. Pasangan muda mungkin melakukan hubungan seks dan tidak mengetahui mengenai sebarang pencegahan kehamilan. Pendapat pasangan kamu mengenai penggunaan pencegahan juga mungkin mempengaruhi keputusan kamu.
  • Tanggungan kewangan
    Kehamilan akan memaksa kamu untuk jadi lebih bertanggungjawab. Sebagai seorang emak dan isteri, keutamaan kamu akan berubah. Tiada lagi hiburan malam minggu atau lepak bersama rakan-rakan. Tubuh kamu akan melalui satu perubahan dan sebaik sahaja bayi dilahirkan, kamu perlu meluangkan lebih masa di rumah untuk memenuhi keperluannya.
  • Gangguan emosi
    Kamu mungkin merasa bersalah kerana telah melakukan seks sebelum berkahwin. Dalam jangka masa panjang, sekiranya perhubungan itu tidak berjaya, kamu mungkin merasa sangat teruk terhadap semuanya. Kamu akan merasa ditipu atau dikhianati. Dalam setiap perhubungan, terdapat risikonya. Jadi pastikan kamu sudah bersedia untuk menanggung risiko dan akibat daripadanya.

Berkahwin dengan jejaka idaman kamu



Mencari Jejaka Idaman
Masanya akan tiba bila kamu mula berfikir untuk memulakan keluarga. Tentulah kamu mahukan hanya yang terbaik apabila ia melibatkan perkahwinan. Untuk seorang wanita, berkahwin dengan lelaki budiman yang mencintai dan menghormatinya merupakan satu impian menjadi kenyataan. Sekiranya dia seorang yang mementingkan keluarga dan mampu menanggung keluarganya, pasti tiada apa lagi yang dimahukan oleh wanita itu. Tapi jangan lupa, tiada lelaki yang sempurna. Kadang-kadang seorang wanita itu perlu menerima yang seadanya. Mungkin akan mengambil masa untuk kamu bertemu dengan Jejaka Idaman, tetapi janganlah sekali-kali berputus asa, okay?
Apa yang diidamkan dalam Jejaka Idaman?

Ia mungkin mengambil masa untuk mengenali seseorang. Kita memang ada tanggapan pertama terhadap seseorang itu, tapi biasanya ia tak kekal lama. Ia memerlukan lebih daripada wajah yang kacak atau senyuman yang manis untuk melayakkan jejaka idamanmu menjadi suami seumur hidup. Berikut sedikit tip-tip untuk dijadikan panduan. Selamat mencari!

Kamu tahu yang dia sesuai untuk kamu apabila:
  • Dia menghormati kamu. Dia bukan sahaja menghormati pandangan kamu malah sentiasa hormat terhadap perasaan kamu. Dia menunjukkannya dengan menjadi pendengar yang baik dan sentiasa mengambil berat perasaan kamu.
  • Dia mempunyai pekerjaan yang bagus atau sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Kerja yang bagus dan tetap menunjukkan yang dia bertanggungjawab terhadap masa dan wang. Jika dia kekal lama dalam satu pekerjaan itu, ini menunjukkan yang dia seorang sabar dan tabah.
  • Dia berkomunikasi dengan kamu. Komunikasi di sini bukan setakat berborak semasa makan atau minum kopi ya! Lelaki yang pandai berkomunikasi tahu bagaimana untuk menyampaikan perasaannya tanpa membuatkan dia seolah-olah berlagak atau berfikiran sempit. Dia juga mendengar pendapat kamu dan sentiasa menghargai cadangan. Yang seronoknya, dia juga boleh dibawa berbincang untuk memastikan perhubungan kamu berjaya.
  • Dia pentingkan keluarga dan rakan kamu. Keluarga dan rakan-rakan seorang wanita itu merupakan sebahagian daripada hidupnya. Mereka merupakan sumber kekuatan dan sokongan untuk wanita tersebut. Lelaki yang tepat untuk kamu akan memahami semua ini dan tidak akan menghalang kamu daripada bersama-sama keluarga dan rakanmu.
  • Dia menyokong impian dan matlamat hidup kamu. Matlamat hidup seorang wanita mungkin berbeza, terpulang pada apa yang dia mahu. Mungkin seorang wanita itu mahukan keluarga yang bahagia, menjadi wanita berkerjaya ataupun perniagaan yang maju. Sekarang ni pun wanita semakin berdikari dan berpendidikan tinggi. Lelaki yang tepat seharusnya menggalakkan wanita ini serta menyokongnya dari belakang.
Patutkah saya berkahwin atau kekal bujang?
Perkahwinan melibatkan banyak tanggungjawab. Ia mungkinlah satu benda yang menyeronokkan bila kamu akhirnya berjumpa dengan seseorang yang kamu mahu hidup bersama, selamanya. Kamu perlu ingat yang walaupun kamu bersama, ini tidak bermakna kamu patut berhenti berkembang sebagai individu.
Sama ada untuk berkahwin atau kekal bujang, terpulanglah pada kamu. Wanita kini mempunyai banyak pilihan. Mereka semakin berpelajaran tinggi dan lebih berdikari. Sesetengah wanita mungkin memilih untuk kekal bujang kerana mahu fokus terhadap karier dan matlamat lain. Mereka percaya yang masa untuk melakukan semua itu akan menjadi terhad sekiranya mereka berkeluarga. Untuk sesetengah yang lain, pengalaman pahit yang lepas mungkin membuatkan mereka tawar hati untuk berkahwin.
Walau apapun, hanya kamu yang boleh memutuskan apa yang membuatkan kamu bahagia. Fikir semasak-masaknya dan timbangkan apa yang terbaik dalam hidup. Menetapkan keutamaan kamu pasti akan membantu dalam membuat keputusan.
Berapakah umur terbaik untuk berkahwin?

Perkahwinan melibatkan banyak tanggungjawab. Pasangan berkahwin akan menyedari yang cinta memainkan peranan yang kecil apabila mereka merasai kehidupan sebenar selepas berkahwin. Lebih elok kalau berkahwin apabila kamu sudah cukup matang. Untuk menjadi cukup matang, ia bermakna yang kamu bukan sahaja perlu matang secara seksual malahan emosi dan mental. Tubuh kita mencapai kematangan seksual sekitar lewat remaja. Ini tak bermakna yang kamu dah boleh berkahwin bila kamu berumur 18 atau 19. Memanglah boleh, tapi, jadilah lebih bertanggungjawab dan melihat hidup dari perspektif yang berbeza. Tanyalah diri kamu, jika kamu sudah tamat sekolah, jika kamu mempunyai pekerjaan tetap, jika kamu bersedia untuk berkongsi hidup dengan seseorang yang sangat berbeza dengan kamu, jika kamu bersedia untuk lebih bertanggungjawab dengan membayar sewa dan bil, dan jika kamu dah sedia untuk menjaga anak-anak. Hanya bila kamu dah bersedia sepenuhnya barulah kamu patut berfikir mengenai perkahwinan.

Cerita Pasal Budak Lelaki


Kenapa budak lelaki tiba-tiba meninggi?
Budak lelaki mula meninggi beberapa tahun selepas budak perempuan. Mereka boleh meninggi dengan mendadak sekitar umur 12 atau 13 tahun. Ia mula memuncak semasa umur 14 apabila budak lelaki boleh membesar sehingga 4 inci setiap tahun! Pada masa ini, kamu mula terpaksa mendongak hanya untuk bercakap dengan mereka. Mereka juga mungkin akan tampak lebih kacak. Lengan dan kaki mereka akan menjadi lebih panjang, dan bolehlah mereka bermain bola keranjang dengan mudah. Sama seperti gadis muda, tahap tinggi hormon pertumbuhan dan sedikit estrogen yang bertanggungjawab untuk pertumbuhan mendadak ini. Iya, budak lelaki pun ada estrogen juga. Tapi mereka mempunyai lebih testosteron yang membuatkan mereka lebih keras dan agresif. Masa ini, mereka mudah bergaduh dan sukakan sukan lasak.
Apa yang membuatkan suara adik lelaki saya berubah?
Kamu mungkin menggelakkan kawan lelaki kamu yang suaranya halus dan kecil bila kamu berumur 9 atau 10 tahun. Namun ketahuilah yang ia tidak akan kekal lama dan tanpa kamu sedari, kamu mungkin tidak dapat mengecam suaranya lagi. Peti suara atau larinks yang terdapat di tekak kita, membuka paru-paru kita dan dilapisi oleh dua struktur nipis dalam pembukaannya yang bertindak seperti langsir. Struktur ini merupakan pita suara dan ia bergerak ke depan dan ke belakang apabila kamu bercakap dan menyanyi. Minta adik lelaki kamu untuk panjangkan lehernya apabila dia mendongak ke atas. Bengkak pada pertengahan lehernya ialah sesuatu yang dipanggil halkum yang merupakan bahagian hadapan peti suara atau larinks. Apabila budak lelaki membesar kira-kira umur 13 atau 14, testosteron membuatkan pita suara menjadi lebih tebal dan besar. Ia juga membuatkan peti suara menjadi semakin panjang dan menyebabkan bengkak ini lebih kelihatan. Pita suara yang tebal bergerak perlahan dan apabila ini terjadi, suara menjadi lebih garau.
Apa itu testosteron?
Testosteron merupakan hormon lelaki yang dibebaskan oleh organ seks lelaki yang dipanggil testis. Testosteron mula meningkat semasa baligh apabila hormon perangsang merangsang testis untuk mula menghasilkan testosteron. Testosteron membuatkan penis seorang budak lelaki menjadi besar. Ia juga menyebabkan skrotum bertukar rupa membuatkan ia lebih berkedut dengan warna yang lebih gelap. Apabila testosteron memuncak, testis semakin besar dan mula menghasilkan sperma. Masa inilah budak lelaki mula berminat dengan perempuan dan seks. Mereka mula mempunyai geng mereka sendiri dan kurang bergaul dengan perempuan. Mereka kelihatan lebih aktif dan agak ganas. Mereka juga mula melibatkan diri dengan sukan seperti bola sepak ataupun gusti dan menyukainya!
Apakah bahagian organ seks lelaki?
Yang paling popular tentulah penis dan bentuk panjangnya yang melekat pada tubuh lelaki. Ia membesar dalam kepanjangan dan saiz apabila testosteron meningkat ketika baligh. Penis merupakan tempat di mana sperma keluar ketika seks. Ia merupakan organ seks lelaki yang bersentuhan dengan vagina ketika seks.
Skrotum merupakan pundi berwarna gelap atau kemerah-merahan yang terletak di bawah penis lelaki. Skrotum mengandungi testis atau apa yang mereka selalu panggil sebagai "telur". Skrotum tergantung di luar tubuh untuk membuatkan testis sejuk. Suhu yang sejuk adalah penting untuk memastikan kualiti sperma yang dihasilkan oleh testis adalah bagus.
Testis merupakan struktur bulat dan teguh yang dijumpai di dalam skrotum. Ia menghasilkan sperma dan hormon seks seperti testosteron dalam budak lelaki dan lelaki dewasa.
Apa itu mimpi basah?
Apabila budak lelaki mula mencapai kematangan seksual, mereka mula mendapat mimpi basah. Mimpi basah sebenarnya mimpi yang terdapat tindak balas ejakulasi apabila cecair jernih berjeli air main terpancut daripada penis. Ia biasanya berlaku semasa tidur. Dan biasanya mereka juga tidak tahu yang ia telah berlaku, sehinggalah mereka terjaga dari tidur. Mendapat mimpi basah merupakan satu tanda yang budak lelaki itu makin dekat melangkah ke alam dewasa secara fizikal.
Ejakulasi
Semasa ejakulasi, saraf menghantar signal kepada testis untuk mula membebaskan sperma di luar badan. Semasa tahap awal ejakulasi, sperma bercampur dengan cecair daripada kelenjar prostat dan seminal vesikel. Struktur ini biasanya dijumpai hanya pada lelaki. Kelenjar prostat yang berbentuk buah berangan ini terletak berdekatan pundi kencing. Seminal vesikel pula merupakan tiub senget yang terletak di belakang pundi kencing. Cecair daripada kelenjar prostat dan seminal vesikel memberikan perlindungan dan zat terhadap sperma sebaik sahaja ia dipancutkan keluar. Cecair ini juga mengandungi protein istimewa dan vitamin untuk menyediakan sperma terhadap dunia luar yang akan dijumpainya sebaik sahaja ia dibebaskan ke dalam vagina.
Ereksi 
Ia terjadi apabila penis menjadi keras dan tegang. Apabila seorang lelaki menjadi ghairah, otak menghantar signal ke saraf-saraf dalam tubuhnya dan menyebabkan berlakunya ereksi. Aliran darah semakin meningkat di penis dan ia menyebabkan otot-otot penis mengembang membuatkan penis semakin besar dan panjang. Ereksi tidak hanya berlaku apabila seorang lelaki itu ghairah. Pundi kencing yang penuh dan emosi yang memuncak juga boleh menyebabkan ereksi.
Semen 
Semen ataupun air mani merupakan cecair putih yang keluar daripada penis semasa pancutan. Ia mengandungi sperma dan cecair yang keluar dari kelenjar prostat dan vesikal semen. Apabila seorang budak lelaki mula mengeluarkan air mani semasa baligh, semen mereka tidak semestinya mengandungi sperma lagi. Sekiranya ada, bilangan sperma mungkin terlalu sedikit dan mungkin juga belum cukup sihat. Semen juga mungkin kelihatan seperti jeli dan lutsinar atau jernih. Selepas dua tahun dari pancutan pertama, semen mungkin mengandungi lebih banyak sperma yang sihat untuk membuatkan seorang wanita itu hamil.
Sperma
Gadis muda membebaskan telur dalam tubuh mereka sementara budak lelaki pula menghasilkan sperma. Sementara wanita hanya mengeluarkan satu telur pada satu masa, lelaki muda membebaskan berjuta-juta sperma setiap kali mereka mengeluarkan air mani! Tapi hanya satu sperma sahaja yang akan berjaya bergabung dengan telur. Kamu perlukan peralatan seperti mikroskop untuk melihat sperma. Ini kerana ia tersangatlah halus dan kelihatan seperti berudu dengan kepala bulat dan ekornya. Ekornya bergerak pantas dari kiri ke kanan membuatkan ia kelihatan seperti berudu yang sedang berenang-renang.

Gadis Remaja & Baligh


Baligh merupakan satu tempoh dalam hidup seseorang yang muda remaja apabila tubuh mula mengalami perubahan. Masa inilah tubuh kamu akan menghantar signal menandakan sesuatu sedang berlaku. Kamu mungkin tidak faham sepenuhnya apa yang berlaku tapi kamu tahu yang ia semakin mendekatkan kamu melangkah ke alam dewasa.
Apa yang terjadi semasa baligh?
Sekiranya terdapat satu bahagian daripada badan kamu yang bekerja lebih masa semasa kamu baligh, ia tentulah otak. Otak merupakan perancang dan satu-satunya mesin baligh. Tidak begitu difahami bagaimana otak tiba-tiba 'tersedar' dan memutuskan yang tibalah masanya untuk kamu melalui semua perubahan ini. Ia mungkin disebabkan yang otak telah terbentuk sepenuhnya dan sudah bersedia untuk menjadikan kamu selangkah lebih dekat menuju alam dewasa.
Baligh sebenarnya merupakan satu tahap atau proses. Ia merupakan bahagian dalam hidup kamu yang membuatkan kamu lebih matang secara seksual. Ia mula apabila otak membebaskan bahan kimia yang dipanggil hormon pelepasan. Hormon-hormon ini kemudiannya menghantar signal kepada bahagian kecil otak yang dipanggil kelenjar pituitari. Kelenjar ini melekat pada otak seperti satu ranting kecil, sama seperti buah yang melekat pada ranting pokok. Selepas menerima signal dari otak, pituitari membebaskan hormon perangsang. Hormon-hormon perangsang ini, kemudiannya merangsang ovari gadis dan testisbudak lelaki untuk mula mengeluarkan hormon seks.
Hormon-hormon seks ini dibebaskan secara meningkat oleh ovari atau testis. Ia lah yang bertanggungjawab terhadap kebanyakan perubahan yang dialami oleh tubuh kamu.
Baligh: Apa yang akan berlaku?
Gambar-gambar bayi tu dah mula nampak 'old school'. Kamu mungkin sedikit malu nak tunjukkannya pada rakan kamu. Banyak yang dah berubah. Kamu tak lagi debab dan nampak sangat berbeza!
Baligh berlaku sedikit demi sedikit. Ia bermula sekitar kamu berumur 10 atau 11. Ia berlaku tanpa kamu sedari. Otak dan struktur lain dalam tubuh seperti organ seks dan kelenjar adrenal mula membebaskan hormon seks semasa tidur. Kalau nak tahu, peningkatan hormon seks daripada otak kamu kebanyakannya berlaku ketika kamu tidur. Ketika peringkat awal baligh, kamu mungkin tidak akan perasan sebarang perubahan pada tubuh.
Baligh berlaku tanpa halangan untuk menunjukkan ia semakin meningkat dari satu fasa ke fasa setersunya. Perubahan yang berlaku pada tubuh kamu mungkin berlaku serentak. Walau bagaimanapun, setiap fasa mempunyai tanda besarnya yang tersendiri yang memberitahu kamu kematangan seksual akan dicapai.
Peringkat Awal Baligh
  • Payudara mula membesar
  • Untuk gadis, lemak mula berkumpul di pinggul, lengan dan peha
  • Ketinggian mula bertambah
  • Semasa tidur, tubuh kamu membebaskan lebih banyak hormon perangsang
Peringkat Pertengahan Baligh
  • Hormon perangsang dan hormon seks terus bertambah dalam tubuh walaupun semasa kamu berjaga
  • Kamu mungkin mencapai ketinggian paling maksimum
  • Payudara makin membesar
  • Terdapat lelehan vagina
  • Bulu pubik mula tumbuh. Ketiak juga ditumbuhi bulu
  • Perubahan kulit dapat dilihat dan mula mengalami masalah jerawat
Peringkat Akhir Baligh
  • · Gadis remaja mula mendapat period mereka
Perubahan pada Tubuh semasa Baligh

Perubahan Payudara - Payudara kamu akan mula "menguntum" apabila kamu berumur 10 tahun. Ini bermakna kamu akan mula melihat kawasan bulat yang mengelilingi puting kamu menjadi semakin besar dan berwarna gelap. Bahagian dada kamu yang sebelum ini leper, mula membukit sedikit. Apabila payudara kamu mula untuk mengembang, kamu mungkin datang haid dalam masa beberapa tahun lagi. Pada umur 13 atau 14, payudara kamu akan mengembang sempurna. Perubahan payudara semasa baligh disebabkan oleh pembebasan estrogen dalam tubuh.

Pertambahan Bulu - Semasa baligh, seseorang itu akan mengalami pertumbuhan bulu divulva dan ketiak. Sesetengah wanita juga mungkin akan ditumbuhi bulu-bulu halus di atas mulut, lengan dan kaki. Bulu pada ketiak akan mula tumbuh sebaik sahaja bulu pubik tumbuh.Bulu pubik akan tumbuh sekitar umur 11 atau 12. Masa inilah seorang gadis akan melihat terdapatnya lelehan vagina pada seluar dalamnya
Perubahan Kulit - Perubahan kulit bermula seawal umur 11 atau 12. Ini mungkin termasuk perubahan tekstur kulit. Kekasaran atau minyak tertentu mungkin dapat dirasai apabila seseorang memegang kulit. Kulit pada dahi dan hidung juga mungkin kelihatan berkilat. Kamu mungkin menyukai atau membenci kulit kamu yang berkilat ini. Ia berlaku di peringkat awal remaja kerana kelenjar minyak aktif telah mengeluarkan minyak atau sebum sepenuhnya. Lebihan minyak pada muka kamu boleh menyebabkan pori yang besar yang akhirnya menyebabkan jerawat
Bau Badan - Semasa baligh, badan kamu mula membebaskan sejumlah kecil hormon lelaki. Ketika hormon ini meningkat pada umur tertentu, bulu mula tumbuh dan kelenjar peluh khas di ketiak, tapak tangan dan kaki mula menjadi aktif. Kelenjar ini menghasilkan sejenis minyak istimewa dan tidak seperti peluh, ia membebaskan bau yang berlainan. Lebihan bulu pada tubuh kamu mula memerangkap peluh. Bakteria pada kulit akan rasa selesa dan mula membiak. Bakteria, peluh dan minyak yang bergabung kemudiannya menyebabkan bau badan. Haa begitulah bau busuk terjadi!