Mencari Jejaka Idaman
Masanya akan tiba bila kamu mula berfikir untuk memulakan keluarga. Tentulah kamu mahukan hanya yang terbaik apabila ia melibatkan perkahwinan. Untuk seorang wanita, berkahwin dengan lelaki budiman yang mencintai dan menghormatinya merupakan satu impian menjadi kenyataan. Sekiranya dia seorang yang mementingkan keluarga dan mampu menanggung keluarganya, pasti tiada apa lagi yang dimahukan oleh wanita itu. Tapi jangan lupa, tiada lelaki yang sempurna. Kadang-kadang seorang wanita itu perlu menerima yang seadanya. Mungkin akan mengambil masa untuk kamu bertemu dengan Jejaka Idaman, tetapi janganlah sekali-kali berputus asa, okay?
Apa yang diidamkan dalam Jejaka Idaman?
Ia mungkin mengambil masa untuk mengenali seseorang. Kita memang ada tanggapan pertama terhadap seseorang itu, tapi biasanya ia tak kekal lama. Ia memerlukan lebih daripada wajah yang kacak atau senyuman yang manis untuk melayakkan jejaka idamanmu menjadi suami seumur hidup. Berikut sedikit tip-tip untuk dijadikan panduan. Selamat mencari!
Kamu tahu yang dia sesuai untuk kamu apabila:
Perkahwinan melibatkan banyak tanggungjawab. Ia mungkinlah satu benda yang menyeronokkan bila kamu akhirnya berjumpa dengan seseorang yang kamu mahu hidup bersama, selamanya. Kamu perlu ingat yang walaupun kamu bersama, ini tidak bermakna kamu patut berhenti berkembang sebagai individu.
Sama ada untuk berkahwin atau kekal bujang, terpulanglah pada kamu. Wanita kini mempunyai banyak pilihan. Mereka semakin berpelajaran tinggi dan lebih berdikari. Sesetengah wanita mungkin memilih untuk kekal bujang kerana mahu fokus terhadap karier dan matlamat lain. Mereka percaya yang masa untuk melakukan semua itu akan menjadi terhad sekiranya mereka berkeluarga. Untuk sesetengah yang lain, pengalaman pahit yang lepas mungkin membuatkan mereka tawar hati untuk berkahwin.
Walau apapun, hanya kamu yang boleh memutuskan apa yang membuatkan kamu bahagia. Fikir semasak-masaknya dan timbangkan apa yang terbaik dalam hidup. Menetapkan keutamaan kamu pasti akan membantu dalam membuat keputusan.
Berapakah umur terbaik untuk berkahwin?
Perkahwinan melibatkan banyak tanggungjawab. Pasangan berkahwin akan menyedari yang cinta memainkan peranan yang kecil apabila mereka merasai kehidupan sebenar selepas berkahwin. Lebih elok kalau berkahwin apabila kamu sudah cukup matang. Untuk menjadi cukup matang, ia bermakna yang kamu bukan sahaja perlu matang secara seksual malahan emosi dan mental. Tubuh kita mencapai kematangan seksual sekitar lewat remaja. Ini tak bermakna yang kamu dah boleh berkahwin bila kamu berumur 18 atau 19. Memanglah boleh, tapi, jadilah lebih bertanggungjawab dan melihat hidup dari perspektif yang berbeza. Tanyalah diri kamu, jika kamu sudah tamat sekolah, jika kamu mempunyai pekerjaan tetap, jika kamu bersedia untuk berkongsi hidup dengan seseorang yang sangat berbeza dengan kamu, jika kamu bersedia untuk lebih bertanggungjawab dengan membayar sewa dan bil, dan jika kamu dah sedia untuk menjaga anak-anak. Hanya bila kamu dah bersedia sepenuhnya barulah kamu patut berfikir mengenai perkahwinan.

- Dia menghormati kamu. Dia bukan sahaja menghormati pandangan kamu malah sentiasa hormat terhadap perasaan kamu. Dia menunjukkannya dengan menjadi pendengar yang baik dan sentiasa mengambil berat perasaan kamu.
- Dia mempunyai pekerjaan yang bagus atau sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Kerja yang bagus dan tetap menunjukkan yang dia bertanggungjawab terhadap masa dan wang. Jika dia kekal lama dalam satu pekerjaan itu, ini menunjukkan yang dia seorang sabar dan tabah.
- Dia berkomunikasi dengan kamu. Komunikasi di sini bukan setakat berborak semasa makan atau minum kopi ya! Lelaki yang pandai berkomunikasi tahu bagaimana untuk menyampaikan perasaannya tanpa membuatkan dia seolah-olah berlagak atau berfikiran sempit. Dia juga mendengar pendapat kamu dan sentiasa menghargai cadangan. Yang seronoknya, dia juga boleh dibawa berbincang untuk memastikan perhubungan kamu berjaya.
- Dia pentingkan keluarga dan rakan kamu. Keluarga dan rakan-rakan seorang wanita itu merupakan sebahagian daripada hidupnya. Mereka merupakan sumber kekuatan dan sokongan untuk wanita tersebut. Lelaki yang tepat untuk kamu akan memahami semua ini dan tidak akan menghalang kamu daripada bersama-sama keluarga dan rakanmu.
- Dia menyokong impian dan matlamat hidup kamu. Matlamat hidup seorang wanita mungkin berbeza, terpulang pada apa yang dia mahu. Mungkin seorang wanita itu mahukan keluarga yang bahagia, menjadi wanita berkerjaya ataupun perniagaan yang maju. Sekarang ni pun wanita semakin berdikari dan berpendidikan tinggi. Lelaki yang tepat seharusnya menggalakkan wanita ini serta menyokongnya dari belakang.
Perkahwinan melibatkan banyak tanggungjawab. Ia mungkinlah satu benda yang menyeronokkan bila kamu akhirnya berjumpa dengan seseorang yang kamu mahu hidup bersama, selamanya. Kamu perlu ingat yang walaupun kamu bersama, ini tidak bermakna kamu patut berhenti berkembang sebagai individu.
Sama ada untuk berkahwin atau kekal bujang, terpulanglah pada kamu. Wanita kini mempunyai banyak pilihan. Mereka semakin berpelajaran tinggi dan lebih berdikari. Sesetengah wanita mungkin memilih untuk kekal bujang kerana mahu fokus terhadap karier dan matlamat lain. Mereka percaya yang masa untuk melakukan semua itu akan menjadi terhad sekiranya mereka berkeluarga. Untuk sesetengah yang lain, pengalaman pahit yang lepas mungkin membuatkan mereka tawar hati untuk berkahwin.
Walau apapun, hanya kamu yang boleh memutuskan apa yang membuatkan kamu bahagia. Fikir semasak-masaknya dan timbangkan apa yang terbaik dalam hidup. Menetapkan keutamaan kamu pasti akan membantu dalam membuat keputusan.
Berapakah umur terbaik untuk berkahwin?
Perkahwinan melibatkan banyak tanggungjawab. Pasangan berkahwin akan menyedari yang cinta memainkan peranan yang kecil apabila mereka merasai kehidupan sebenar selepas berkahwin. Lebih elok kalau berkahwin apabila kamu sudah cukup matang. Untuk menjadi cukup matang, ia bermakna yang kamu bukan sahaja perlu matang secara seksual malahan emosi dan mental. Tubuh kita mencapai kematangan seksual sekitar lewat remaja. Ini tak bermakna yang kamu dah boleh berkahwin bila kamu berumur 18 atau 19. Memanglah boleh, tapi, jadilah lebih bertanggungjawab dan melihat hidup dari perspektif yang berbeza. Tanyalah diri kamu, jika kamu sudah tamat sekolah, jika kamu mempunyai pekerjaan tetap, jika kamu bersedia untuk berkongsi hidup dengan seseorang yang sangat berbeza dengan kamu, jika kamu bersedia untuk lebih bertanggungjawab dengan membayar sewa dan bil, dan jika kamu dah sedia untuk menjaga anak-anak. Hanya bila kamu dah bersedia sepenuhnya barulah kamu patut berfikir mengenai perkahwinan.
No comments :
Post a Comment