Wednesday, 11 April 2012

Seks? Saya?





Apa itu bercumbu-cumbuan tu? Adakah ia berbahaya?

Budak lelaki dan gadis muda mula ingin tahu mengenai seks sebaik sahaja mereka mencecah remaja atau pada akhir akil baligh. Mereka mula mempunyai hubungan eksklusif dengan kaum berlawanan. Untuk sesetengah, ia mungkin menjadi tempoh yang liar dan gila. Ia merupakan masa untuk bereksperimen dan mengetahui keseksualan seseorang. Bercumbu-cumbuan mungkin termasuk dalam bercium dan mengusap payu dara dan organ seks. Ini merupakan cara seksual untuk menunjukkan tarikan dan minat. Ia mungkin tidak terus menyebabkan berlakunya persetubuhan. Bercumbu-cumbuan tidak bermakna yang pasangan kamu sebenarnya serius dengan kamu dan ia tidak patut diambil sebagai kayu pengukur percintaan.
Macam mana nak kata "jangan" terhadap perbuatan berunsurkan seksual daripada teman lelaki saya?

Lelaki muda mungkin lebih agresif mengenai seks. Semakin mereka cenderung terhadap kematangan seksual, mereka merasakan keperluan untuk bertindak dan berperanan seperti lelaki dewasa. Pada permulaan perhubungan, kamu boleh berbicara mengenainya dengan teman lelaki kamu. Sekiranya kamu tidak sedia untuk melakukan seks, dia seharusnya tidak memaksa kamu. Seorang lelaki yang baik akan memahami dan menghormati permintaan kamu. Sekiranya seorang lelaki itu terus mendesak untuk melakukan seks atau membuat tingkah laku berunsurkan seksual seperti memegang atau meraba kamu dan membuatkan kamu tidak selesa, jadilah lebih tegas dengan mengatakan "jangan". Sekiranya dia menjadi lebih agresif, kamu pasti tahu apa nak dilakukan… tinggalkannya dan jangan menoleh lagi.
Apakah akibat melakukan seks sebelum berkahwin?

  • STI (Jangkitan Kelamin)
    Kamu mungkin mendapat jangkitan kelamin akibat seks sebelum berkahwin. Ini kerana pasangan muda mungkin tidak tahu bagaimana untuk melindungi diri mereka ketika melakukan seks.
  • Kehamilan
    Kamu mungkin malu untuk memberitahu keluarga dan rakan yang kamu telah bersetubuh sebelum kahwin. Kekurangan pendidikan seks boleh menyebabkan kehamilan yang tidak dikehendaki. Pasangan muda mungkin melakukan hubungan seks dan tidak mengetahui mengenai sebarang pencegahan kehamilan. Pendapat pasangan kamu mengenai penggunaan pencegahan juga mungkin mempengaruhi keputusan kamu.
  • Tanggungan kewangan
    Kehamilan akan memaksa kamu untuk jadi lebih bertanggungjawab. Sebagai seorang emak dan isteri, keutamaan kamu akan berubah. Tiada lagi hiburan malam minggu atau lepak bersama rakan-rakan. Tubuh kamu akan melalui satu perubahan dan sebaik sahaja bayi dilahirkan, kamu perlu meluangkan lebih masa di rumah untuk memenuhi keperluannya.
  • Gangguan emosi
    Kamu mungkin merasa bersalah kerana telah melakukan seks sebelum berkahwin. Dalam jangka masa panjang, sekiranya perhubungan itu tidak berjaya, kamu mungkin merasa sangat teruk terhadap semuanya. Kamu akan merasa ditipu atau dikhianati. Dalam setiap perhubungan, terdapat risikonya. Jadi pastikan kamu sudah bersedia untuk menanggung risiko dan akibat daripadanya.
admin Web Developer

No comments :

Post a Comment