Wednesday 11 April 2012

Mengesan Jangkitan Vagina



Jangkitan vagina mungkin berlaku apabila kuman seperti bakteria atau virus masuk ke dalam vagina melalui pertukaran cecair badan atau luka pada kulit. Melakukan persetubuhan, mengambil antibiotik kuat dalam jangka waktu panjang, stress dan penggunaan sabun kuat boleh menyebabkan jangkitan vagina. Membasuh vagina selepas melakukan seks tak semestinya menghalang jangkitan.Jadi, lindungi diri kamu semasa seks dan, apabila membasuh vagina pastikan kamu pakai sabun lembut yang tidak berbau atau pembersih keintiman wanita.
Jangkitan Yis Vagina: Apa tu?
Tanda biasa yang terdapatnya jangkitan yis adalah terdapatnya lelehan putih yang keluar dari vagina. Lelehan putih ini bukan merujuk pada lelehan putih yang selalu kamu dapat di antara period tu. Ini kerana, kalau terdapatnya jangkitan yis, maka amaun lelehan putih akan bertambah. Jangkitan yis ini disebabkan oleh sejenis kulat yang dipanggil Candida. Satu lagi nama untuk jangkitan yis ialah Candidiasis. Sama seperti Lactobacilli, Candida juga merupakan sebahagian daripada dunia kecil vagina. Apabila peluh, bahang, ubat-ubatan dan stres mengganggu keseimbangan ini, organisma Candida boleh meningkat dan menyebabkan berlakunya jangkitan.
Jangkitan Vagina: Macam Mana Nak Tahu?

Sekiranya kamu mempunyai simptom-simptom ini, jangan tunggu sehingga ia makin teruk. Cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor ya!
Jangkitan vagina berulang dalam beberapa bulan lepas: Patutkah seorang wanita itu risau?
Apabila jangkitan vagina itu kerap berulang, walaupun selepas rawatan, memerlukan kamu berjumpa pakar perubatan. Mungkin ia tak berapa serius dan tidaklah menggangu kamu, tapi kamu mesti berjumpa doktor! Jangkitan vagina berulang mungkin merupakan signal yang kamu mempunyai kandungan gula tinggi dalam darah. Diabetes meningkatkan peluang kamu mendapat jangkitan vagina. Ia merupakan penyakit di mana tubuh tidak dapat menyerap gula dalam darah dengan baik. Jika berat badan kamu tiba-tiba bertambah, doktor akan menasihati kamu untuk menukar diet dan mengurangkan berat badan. Doktor juga mungkin melakukan pemeriksaan pelvik untuk mendapatkan sampel daripada vagina untuk melihat kehadiran organisma lain yang menyebabkan jangkitan. Kamu akan diberi ubat-ubatan yang sesuai sebaik sahaja organisma atau bakteria itu dikenal pasti.
admin Web Developer

No comments :

Post a Comment