Presiden
Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari
dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun
yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam
dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang
melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu
dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah
ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan
keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis
yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.
Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi
Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya
oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh
doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille
seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque
pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada
tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr.
Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar
Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun,
mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik
penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata,
hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam
yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar
bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya
segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia
supaya jasad itu kekal awet.
Namun
penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr.
Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik
berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada
laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya
sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut
dan kaedah pengawetannya.
Laporan
tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian
Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).
Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan
tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam
Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada
Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL
QURAN.
Namun seorang
rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini
sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana
sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang
mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata
itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat
mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin
dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan
dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr.
Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa
al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun
meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya
diselamatkan.
Beliau
semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima
oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.
Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun
sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang
terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana
al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari
hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini
adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal
Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa
dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara
hatinya sendirian.
Lalu
beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan
Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi
tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab
Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu
hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak
dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan
berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang
berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan
diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan
Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut
langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun
selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila
mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan
kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu
dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun
sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan
seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus
bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr.
Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan
badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang
datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari
tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini,
hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui
kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu
inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh
lagi.
Lalu dengan
hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun
bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk
Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui
kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis
dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya
menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini
telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The
Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the
Light of Modern Knowledge.
Melalui
buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya
Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari
dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains
dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana
dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi
tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran
yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam
semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau
memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam
Allah.
No comments :
Post a Comment