Membuang Bulu
Sebaik sahaja kamu remaja, kamu akan merasa malu untuk menyimpan bulu-bulu itu walaupun ia tersorok. Pasti kamu mahu memakai baju tanpa lengan atau seluar pendek yang comel. Bulu-bulu itu pastinya tidak akan menyerlahkan lagi fesyen terkini yang ingin kamu gayakan. Jadi, apa yang kamu buat? Gadis remaja mungkin memilih untuk membuang bulu-bulu ini.

Nak cabut atau cukur? Kamu tak perlu membazir wang untuk membuang bulu-bulu ini. Mencabut atau mencukur bulu sangatlah mudah dan murah. Satu tweezer (pencabut) besi tidaklah terlalu mahal. Manakala pencukur pula boleh dibeli sedia ada di pasar raya.
Cabut
Jadi kamu memutuskan untuk mencabut berbanding mencukur. Ini bermakna, kamu punya banyak masa dan tak kisah mengenai kemerah-merahan dan sedikit pedih yang akan dirasai selepas itu. Yang bagusnya mengenai mencabut, kamu akan mengeluarkan seurat bulu tersebut dan bulu itu akan mengambil masa untuk tumbuh. Jadi kamu tak perlu lakukannya setiap minggu. Sebulan sekali pun ok.

Tip Mencabut
Mencabut bulu sangat bagus untuk muka dan ketiak. Bahagian ini bukannya besar sangat dan kamu boleh membuang bulu-bulu tersebut dengan pantas.
Mencabut bulu sangat bagus untuk muka dan ketiak. Bahagian ini bukannya besar sangat dan kamu boleh membuang bulu-bulu tersebut dengan pantas.
- Sebelum mencabut, dapatkan tweezer yang menggengam dengan bagus dan berhujung tumpul. Jangan guna tweezer bermuncung tajam. Kamu mungkin melukakan kulit kamu.
- Ambil kain lap dan rendamkannya dalam air suam. Sapukan kain atau tuala tersebut ke bahagian yang ingin dicabut. Kepanasannya akan membuka pori dan membuatkan pencabutan itu lebuh mudah. Kamu juga boleh memasang air panas sehinggalah terdapat wap-wap stim. Berdiri sebentar di dalam tandas dan biarkan wap-wap tersebut membuka pori-pori. Jangan berdiri terlalu lama dan pastikan muka atau tangan kamu tak dekat sangat dengan air panas. Kulit kamu mungkin melecur!
- Cabut satu bulu pada satu masa. Tak perlulah tergesa-gesa.
- Jangan sapu losen atau pelembap selepas mencabut. Ia boleh merengsa kulit kamu.
- Sapukan tuala atau kain sejuk di kawasan yang telah dicabut bulunya. Kesejukan akan mengurangkan kemerah-merahan dan menutup pori kamu.
Mungkin terdapat sedikit kemerah-merahan dan kepedihan di kawasan tersebut selepas mencabut. Ia akan hilang selepas beberapa jam. Pada mulanya kamu mungkin agak sakit tapi lama kelamaan kamu akan biasa.
Cukur
Kamu selalu nak cepat dan tak punya masa untuk mencabut bulu-bulu tersebut. Kamu tak suka kesakitan yang datang dengan mencabut. Jadi, kamu memilih untuk menggunakan pisau cukur yang dah sedia ada di rumah. Cukur sajalah!

Tip-tip Mencukur:
- Pilih pisau cukur yang tajam dan bersih. Pisau yang berkarat boleh melukakan kulit kamu dan menyebabkan jangkitan.
- Bersihkan kawasan yang hendak dicukur. Gunakan sabut lembut dan air suam untuk melembutkan bulu tersebut.
- Kamu boleh menggunakan krim pencukur atau gel untuk membuatkan cukuran lebih mudah.
- Jangan terlalu menekan ketika mencukur untuk mengelakkan kulit kamu luka.
- Basuh bahagian yang dicukur dengan air sejuk untuk mengelakkan sebarang kemerah-merahan atau kepedihan.
- Basuh pisau cukur kamu dan ketuk-ketukkannya untuk membuang bulu-bulu. Biarkan pisau cukur itu kering sebelum menyimpannya. Berhati-hati jangan menyentuh mata pisau cukur itu.
Kaedah Lain Membuang Bulu
Banyak juga cara lain yang digunakan untuk membuang bulu. Ini termasuklah membuang bulu secara manual iaitu melalui waxing atau melalui kaedah-kaedah lain yang lebih sofistikated. Berikut merupakan ringkasan kaedah-kaedah lain sebagai panduan kamu.

Seronoknya Tak Ada Bulu! | Awww! | |
Mencukur |
|
|
Mencabut |
|
|
Waxing |
|
|
Pencukur Elektrik |
|
|
Penggunaan Bahan Kimia
|
|
|
Penggunaan Krim Berubat
|
|
|
LASER |
|
|
No comments :
Post a Comment